Thursday, January 22, 2009

Muka

Manusia mempunyai berbagai rupa muka. Kadang-kadang orang menilai seseorang itu berdasarkan muka. Dengan melihat muka maka ternampaklah air muka. Maka kita pun menilailah seseorang berdasarkan muka. Itulah muka sebenarnya.

Muka ini boleh menghasilkan berbagai tafsiran orang. Muka senyum atau orang putih kata 'smiling face'. Ada juga muka redup. Yang ini saya tak tahu macam mana hendak terangkan jenis muka ini tapi memang kita tengok muka dia reduuup je ! Kalau ikut Kamus Dewan, redup ni maknanya kurang cahaya atau suram. Yang paling menjadi isu ialah muka menyakitkan.

Muka menyakitkan ini, orang lain tengok pun naik 'sakit'. Terutama sakit hatilah. Gara-gara muka menyakitkan cemas beberapa orang pelajar kena penampar beberapa orang guru baru. Guru-guru menyampah tak usah kiralah.

Kadang-kadang pelajar yang muka menyakitkan ini, dia tak ada apa-apa. Dia tak kata apapun kat siapa-siapa, tapi cara dia tengok orang atau cara dia tengok guru-guru dia memang menyakitkan. Kerana tak tahu yang muka dia itu muka menyakitkan, kadang-kadang pelajar-pelajar ni naik pelik sendiri agaknya, kenapalah bila mereka tengok orang, tiba-tiba tengok mereka itu menimbulkan kemarahan orang.

Dekat sekolah saya ada dua orang pelajar yang mempunyai muka yang menyakitkan ini ia itu Hairie dan Syed Nur Izz. Budak dua orang ini kalau dia melihat kawan-kawan dia atau cikgu-cikgu memang menyakitkan, menyakitkan hati ! Maka itu budak dua orang ni kerap menjadi bahan perbualan geram cikgu-cikgu.

"Saya tak boleh tengok muka Hairie tu abang Li, geram saya !" luah Azrin.

"Yo sunggoh, kawe pulok geghe tengok muko Izz tu. Aloh gedebelaa weh !" kata si Fairuz.

"Saye pung nye maghi geghang jugok...tapi sabbo je...takuk wak kok dang kang, kiter pulok kene" kata Hafiz.

Itulah hebatnya sahabat-sahabat saya di sini, geram tetap geram tapi sabar tetap ada. Guru-guru muda di sini bagusnya sering mendengar nasihat dan pandangan dari guru-guru veteran macam saya ni walaupun terpaksa berdepan dengan muka yang menyakitkan ini.

Semenjak sekolah di buka sesi ini apabila saya berjumpa dengan dua pelajar ini saya sering suruh mereka senyum, berlatih senyum agar muka mereka tidak lagi menyakitkan orang. Tapi kadang-kadang senyum mereka itupun terasa juga menyakitkan !

Kesian budak-budak ni. Mereka ini budak baik 'handsome' lagi tapi muka mereka itu menyakitkan, sama ada sewaktu dia memandang orang atau sewaktu orang pandang dia. Macam nak cari gaduh je, pada hal tak pun! Begitulah gayanya....muka...muka !!!

5 comments:

yusofsipan said...

cikgusazili, lama dulu pernah orang kata muka saya ni 'muka kesian' dan ada sekali tu, mak mertua memang nak marah kat saya tapi bila berjumpa dan pandang muka saya tak jadi ler pulak nak marah...hehehe

mantan said...

Sir,
Baca posting sir kali ini mengembalikan ingatan saya ke tahun 1987 ketika bertugas di SKR.

Seorang pelajar lelaki berpindah masuk ke SKR dari KT. Tingkatan empat.

Sewaktu pulang sekolah pada tengahari tu, (hari pertama bersekolah di SMKR)budak ni di belasah oleh budak-budak tingkatan 4 dan 5 SMKR.

Apabila kes disiplin ini dlm proses siasatan dan penyelesaian, saya dapat tahu kenapa pelajar baru ni dibelasah.

Bagi saya (sebagai ajk disiplin sekolah) budak ni budak baik. Di sekolah lama, ta ada pun rekod kesalahan disiplin.

Tapi pelajar SMKR yang belasah budak ni "geram" dan "sakit hati" dengan "rupa dan gaya" budak ni.

Kalau kita pandang (dengan negatif) muka budak ni memang "menyakitkan hati" dan kalau kita tengok (dengan negatif) "gaya budak ni berjalan, memang "geram", dia berjalan "mengepak dan melangkah macam samseng".

Bagi saya budak ni menjadi mangsa kepada "salah pandangan dan salah tanggapan".

Orang di sekeliling sentiasa menilai kita. Dan tidak semua penilaian mereka tu betul.

mantan said...

sir,
Pembetulan:
SMKR
bukan
SKR.


Kadang-kadang miss juga yang nak ditekan tu...

Anonymous said...

Cikgu yusof,
Orang rumah saya bimbang sangat kalau saya buat muka kesian. Entah sebab apa saya tak tahu. Dia kata biar muka abang nampak garang sikit, tak bimbang sangat orang (orang tu dialah).

Cikgu wahab saya rasa bertuah kerana saya belajar psikologi dan komunikasi kerana sebelum saya bertindak saya cuba memahami dulu jiwa seseorang. Kalau dulu masa zaman mula-mula jadi cikgu dulu hai boleh tahan juga saya dengan muka yang menyakitkan ni. Mahu saya lempangnya. Itulah ilmu dan kematangan mengajar kita segala-galanya.

Betullah cikgu wahab , orang putih kata "dont judge the book by its cover !"

Anonymous said...

sir kata izz dan hairie budak baik n handsome??????
hahahahahahahaha.....