Saturday, January 24, 2009

Kes 'cheered'

Semalam dalam perjalanan pulang dari sekolah, saya sempat singgah sebentar di sekolah pertama saya bertugas, sebaik saya bergelar guru. SK Leban Chondong. Dalam persingahan yang sebentar itu untuk bertemu seorang sahabat lama di kantin sekolah, tiba-tiba saya teringat satu pengalaman mengajar apabila saya terpandang ke arah sebuah kelas yang masih ada lagi. Dalam kelas itulah kisah ini berlaku.

Waktu itu adalah tahun kedua saya menjadi seorang guru. Saya mengajar bahasa Inggeris darjah 5B. Hanya ada dua darjah lima iaitu 5A dan 5B. Pada waktu itu terasa sungguh kesukaran mengajar bahasa Inggeris di kampung traditional ini. Habis ikhtiar dan cara saya lakukan untuk mengatasi kelemahan membaca murid-murid darjah 5B.

Bayangkan kalau dalam bahasa Melayu pun mereka 'salah-habah', inikan pula dalam bahasa Inggeris. Sukarnya saya. Namun sebagai guru muda yang kata ceritanya, bersemangat kental untuk berbakti kepada anak-anak bangsa, saya cuba berinovasi dalam pengajaran saya. Apa yang saya fikir sebagai guru muda yang masih terlalu banyak idea, tak salah kalau aku berinovasi. Maka dengan penuh semangat berinovasilah saya.

Jenuh saya mengajar mereka membaca, tetap tidak menjadi. Hendak menyebut satu-satu perkataan terlalu sukar. Jika mereka menyebut mesti sakit telinga saya mendengarnya. Satu hari saya terlampau hendak marah, lantas saya memberitahu pelajar yang sedang saya suruh membaca itu " Hey kamu, apa susah sangat niii? Kamu eja...kamu eja...kamu batangkan dan sebut...sebut kuat-kuat, retiii!!! " tempik saya dengan penuh kegeraman.

Melihat keadaan saya yang sudah macam 'gajah naik minyak', budak ini dalam keadaan terketar-ketar terus cekalkan hatinya membaca tersangkut-sangkut dengan kuatnya " wehen de playe kik de bo into de gol, oll de sepektato ciirit (cheered disebutnya cirit).

Ya Allah....'ciirit' disebutnya, pulak tu habis semua spectators cirit!! Bayangkanlah 'pecah perut' satu kelas. Saya lemah longlai terduduk di kerusi saya sambil menekup muka saya, berusaha menahan ketawa yang berbaur dengan keadaan hendak marah yang teramat sangat " apalah nasib akuu !".

Selepas dari itu 'tobat lahum' saya tidak lagi berinovasi dengan menyuruh mengeja dan membatang macam bahasa Melayu dalam pengajaran bahasa Inggeris saya. Itulah kisah 24 tahun yang lampau di kelas itu di SK Leban Chondong !!! Kah..kah..kahh !

6 comments:

Anonymous said...

Memang cirit budak-budak kalau belajar BI macam tu..

Anonymous said...

Itulah cikgu pengalaman dulu-dulu. Saya tak dapat bayangkan betapa bermasalahnya guru-guru PPSMI yang mengajar di luar bandar !

kembara kelana said...

ppsmi adalah idea besar dari pemimpin agong, sentiasa di sokong oleh juak juaknya walaupun kebenarannya menjahanamkan orang melayu. aku akn kutuk ppsmi sampai aku mati..kerosakan psikologi, emosi dan mentaliti secara sengaja dan tidak sengaja pada anak anak aku dan akhirnya menjejaskan sedikit sebanyak prestasi akademiknya tidak akan aku maafkan. demo anti ppsmi 7 mac. Jangan lupa.

Anonymous said...

Sop,
Komen yang paling bersemangat yang pernah masuk ke blog aku. Aku mengaku sebagai guru yang mengajar bahasa Inggeris puluhan tahun, aku tidak bersetuju akan PPSMI ini. Aku tahu masalahnya, aku pernah mengalaminya dalam pengajaran BI aku. Sebagai guru bahasa Inggeris kiranya pakarlah aku dalam bahasa tersebut, pun aku hadapi masalah inikan pula guru math dan sains yang rata-rata kurang menguasai BI. There are so many ways to improve EL, not by means of PPSMI. Nonsense !!

mantan said...

Sir,
Marah sangat KK tu kalau sebut pasal ppsmi. Kalau dah brutal tu brutal jugak. Tapi bukan ppsmi tu yang salah. Di seluruh dunia banyak negara yang menggunakan BI untuk mengajar Maths dan Science tu dalam BI. Di Amerika, New Zealand, Britain dan Australia, semuanya guna BI. Sebab bahasa pengantarnya BI.
Kita nak salahkan bahasa pengantar pun tak boleh juga.
Salahkan yang bijak pandai pintar genius cerdik dan pandir tu yang macam khinzir buta (membabi-buta) nak bodek nak cepat laksana ppsmi tu lah! Nak marah orang bodoh tu, dia tetap bodoh jugak.

Anonymous said...

Cikgu Wahab,

Biarlah KK tu, sekali-sekala dia nak lepas geram juga. Tak dia tak kita. Nak buat sesuatu dasartu tanyalah pakar pendidikan, ini tanya pakar politik hancur pendidikan.
Tapi ayat cikgu yang bawah-bawah tu macam brutal juga bila diamat-amati? Tak gitu ?