Tuesday, January 06, 2009

Pengajaran dan pembelajaran sudah bermula rancak

Sekolah sudah bermula dan hari ini hari kedua. Hari pertama kelihatan semuanya teratur. Di sana sini kedengaran suara guru berbagai nada mengajar di kelas-kelas masing-masing.

Sewaktu saya sedang berucap di perhimpunan pertama semalam, tiba-tiba kami dilawati oleh Puan Hajjah Zabedah Osman Ketua Sektor Unit Jaminan Kualiti JPN Pahang. Beliau turut menyertai perhimpunan dan sempat berucap selepas ucapan Tuan Pengetua. Dalam ucapannya Puan Hajjah Zabedah berharap SMK Seri Rompin sebagai salah sebuah Sekolah Rancangan Khas negeri Pahang dipacu terus untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang lagi. Beliau begitu menekankan program Diskusi Akademik, Pembimbing Rakan Sebaya Akademik, dan Waktu Prep Petang sebagai suatu mekanisme utama untuk mencapai kecemerlangan yang lebih berkesan.

Selepas perhimpunan saya bergegas pula ke lokasi pendaftaran pelajar-pelajar Tingkatan Satu. Di sana saya menyampaikan taklimat disiplin kepada para ibubapa dan pelajar baru yang terpilih memasuki sekolah ini. Pada tahun ini seramai 86 orang pelajar Tingkatan Satu yang telah mendaftar.

Hari ini, hari kedua suasana di sekolah ini begitu sunyi sekali seperti tiada orang yang hadir. Hanya terdengar suara lantang seorang dua guru-guru yang mengajar. Suasana agak riuh hanya pada waktu rehat.

Saya belum sempat masuk ke kelas MUET saya, hanya sempat mengirim tugasan kerana terpaksa memberi taklimat pelajar di minggu suaikenal pelajar Tingkatan Satu dan Empat.

Besok saya akan mula mengajar MUET Tingkatan Enam Atas. Saya tidak tahu berapa ramai pelajar 6 Atas Sains yang tinggal kerana ramai di antara mereka yang berjaya mendapat pelbagai kerja melalui SPA dan memasuki Politeknik serta Universiti. Lusa saya terpaksa meninggalkan sekolah semula selama dua hari kerana terpaksa menghadiri mesyuarat dan taklimat pendaftaran MUET pertengahan 2009 di Kuantan. Pendek kata minggu hadapan barulah pengajaran saya berjalan lancar.

5 comments:

Anonymous said...

Harap-harap enrlomen tingkatan 6 tidak terus berkurangan.

Anonymous said...

Nampaknya enrolmen tingkatan 6 semakin semput cikgu wahab. Hanya tinggal 24 orang pelajar sahaja. Saya fikir pihak JPNP dan KPM kena buat sesuatu untuk membantu pelajar tingkatan 6 sains yang berada di kawasan luar bandar, jika tidak pelajar tidak akan berminat untuk kekal di situ.

Anonymous said...

Salam cikgu,
saya mengajar Muet jugak. Tapi rasanya scheme of work utk Lower & Upper 6 tak berapa elok. Ingat kalau cikgu sudi boleh kongsi dengan saya. Nanti email saya kat suriana68@yahoo.com
Thanks a lot.

Anonymous said...

Insya Allah Suriani saya akan cuba nanti. Saya pun masih kelam kabut dengan scheme of work itu.Banyak yang perlu diperbaiki dan diharmonikan.

Anonymous said...

You are always the best, sir.