Kerosakan. Pelajar tidak selesa belajar. Menyusahkan pelajar. Membahayakan pelajar.
Berkali-kali sudah kita bagi tahu. Berkali-kali sudah kita lapor. Secara lisan. Secara bertulis. Secara rasmi. Secara tidak rasmi.
Jawapan yang diterima. Bajet tiada. Bajet besar. Bajet tak cukup. Acap-acap kita mohon, kita kena marah; Tak sabar-sabar. Tak faham-faham. Tak reti-reti !
Bila ada penjaga biasa komplen, kita akan didatangi. Kita akan dimarahi. Tak cakna. Tak Prihatin. Tak ambil berat. Tak profesional. Macam-macam kata yang canggih-canggih keluar. Atasi kerosakan tidak juga !!
Bila penjaga VIP komplen, kerosakan agaknya sampai kepada menteri. Serta merta ada bajet. Pagi-pagi dah mula kerja. Tengahari masih berkerja. Petang kerja lagi. Malam pun belum balik lagi. Kerosakan perlu disiap segera.
Kadang-kadang bagus juga anak-anak VIP tinggal di asrama. Kalau tidak semua buat pekak badak dengan gaya profesional yang tidak keharuan cara ! Padan muka !
5 comments:
Itulah harga marhaein yg "kurang jasanya pada negara' berbanding VIP yang sesungguhnya sangat amat berjasa!
Kalau beriya baiki pun, mak bapak marhaien bukan byk menderma macam VIP ...
Salam singgah.
pujuk2lah lagi penjaga vip masuk agar 'senang' sekolah.
import great exam result.
export great parent student.
Picha,
Terima kasih kerana sempat menyinggah. Pandangan yang diberi , no comment !
Kak ani,
Ada masanya anak-anak vip memang mambantu dari segi prasarana tetapi banyak masanya boleh menyusahkan juga dari segi perangai dan gaya hidup.
No adia,
We should export great exam result from great glocal students.
Macamana pulak istimewanya anak VIP boleh masuk sekolah tu.
Atas kebolehan atau atas nama VIP.
Silap silap anak VIP tak boleh kena tegur. Yg betul dia yg salah cikgu silap silap.
Apapun begitulah bila dehem VIP dianggap sabda maka amat malanglah rakyat biasa.
Bilakah diskriminasi sebegini akan berakhir. Bila rakyat biasa ibarat air mencurah daun keladi tetapi bila VIP lain cerita.
Diakhirat kelak tidak disoal apakah tahap VIP atau tahap rakyat biasa.
Amat malang sang penguasa hanya tunduk pada VIP tapi tidak rakyat marhaen.
Adakah kualiti sang penguasa merosot sekali dan tunduk kepada yg tertentu.
Jangan hendaknya kata kata begini keluar; 'begitulah bila jawatan diberi kepada orang yg layak'.
BekasGuruMuda
Selancar
Post a Comment