Satu pagi saya pergi ke pasar. Sebelum masuk ke pasar saya terserempak dengan seorang perempuan sedang mendukung dan memimpin kanak-kanak yang masih kecil. Di belakangnya diikuti oleh seorang lelaki juga memimpin seorang kanak-kanak yang agak besar sedikit. Dari jauh perempuan ini senyum pada saya, saya senyum kembali.
"Cikgu apa khabar, sihat ke ? Lama tak jumpa cikgu." sapa perempuan itu mesra.
"Baik...sihat ! Eh awak rupanya", saya kenal dia kerana dia bekas murid saya sewaktu di sekolah rendah dahulu.
"Ini anak-anak awak ke ?" tanya saya.
"A'ah..cikgu, ini semua anak-anak saya. Ini suami saya cikgu", jawabnya mesra sambil memperkenalkan suaminya kepada saya. Kami bersalam.
Melihatkan kanak-kanak yang bersama mereka saya pun bertanya lagi " Berapa orang anak-anak awak ?"
"Enam orang , cikgu pulak berapa orang anak ?" jawab dan tanyanya.
"Anak saya lima orang', jawab saya ringkas.
Sambil tergelak kecil dia menjawab, "Hahah...cikgu kalah dengan saya !!'.
Aftaghfirullahil azim....dia ajak saya berlawan anak ramai pulak dengan dia !! Suka hati bebenar dia, anak dia lebih ramai dari anak cikgu dia ! Budak-budak....dulu koro je kau yee!!!
3 comments:
aku rasa, blog kau ni memang blog yang sangat aktif ..sentiasa ada post apa yang terpikir dan dipikirkan...steady. entah berapa lama kau spend masa untuk blog li.. kau memang rajin. jangan jadi ketagih blog sudahlah. tak blogging sampai kau susah hati [ tu dah tanda tanda ketagih tu ] happy blogging
Entahlah...rasanya belum ketagih lagi tapi kalau takdirnya terketagih...redha je lah sop. Ketagih berblog aku tak bimbang sangat. Ketagih dadah haa...minta simpang malaikat 44 ?
Mudah je aku tulis blog ni. buka laptop, on internet...tulis sahaja apa yang aku fikir dan terfikir. Tengah buat kerja periksa kertas soalan ke, baca buku ke, tengok tv ke, baru balik berjalan ke...tiba-tiba ada yang difikir dan terfikir...ha...tulisss!!
Tapi walau macam manapun kalau takdirnya aku dikategorikan sebagai ketagih kau 'salahkan' cikgu wahab. Dialah punya pasal ni....!!
kalau satu hari menghabiskan lebih daripada lima jam untuk blog atau lebih dari tu... ketagih ke tu????
Post a Comment