Sunday, February 01, 2009

Kemelesetan ekonomi mula menggigit rakyat-Malaysiakini

Nampaknya kesan kemelesetan ekonomi semakin dirasai oleh semua orang. Baik di bandar apatah lagi di kampung. Mungkin yang beranak kecik-kecik dan hanya seorang, dua tak terasa sangat, yang beranak ramai dan besar-besar pulak ....hah engkou...terasa !!

Di mana-mana orang bercakap soal harga barang naik. Penurunan harga minyak tidak menghalang langsung kenaikan harga barang. Bayangkanlah kalau harga minyak tidak reti turun hari itu. Lagi tertekan dibuatnya.

Dasar berjimat-cermat perlu dilaksanakan secara ketat di setiap isi rumah. Jika tidak kemelesetan ekonomi yang dijangka kritikal sepanjang tahun 2009 ini akan mencengkam kehidupan.

Anak-anak yang sedang belajar merupakan pelaburan yang perlu diutamakan. Tiga bulan atau empat bulan pertama setiap awal tahun PTPTN atau elaun belum tentu masuk. Maka elaun dari mak ayah menjadi begitu penting. Bayangkan seorang anak perlu belanja antara RM350 - hingga RM500 mengikut keperluan setiap bulan.

Terfikir saya, patutlah ramai anak-anak orang kampung dan ada juga bekas pelajar saya yang tidak melanjutkan pelajaran ke mana-mana selepas SPM atau STPM walaupun keputusan agak baik kerana mencari kerja. Bekerja membantu keluarga danc menanggung adik-adik yang masih ramai bersekolah menjadi perjuangan utama anak-anak yang bertanggung-jawab ini.

Bayangkan betapa tersentuh hati saya apabila berjumpa dengan seorang remaja perempuan 19 tahun yang kematian ibu, terpaksa korbankan peluang ke universiti, merintih terpaksa menanggung persekolahan adiknya yang akan mengambil SPM tahun hadapan dengan sedikit duit wasiat peninggalan arwah ibu! Kesian...

Waktu-waktu kemelesetan ini, saya hendak keluar ke bandar pun terasa takut. Takut dengan harga barang yang melambung tinggi. Tengoklah...tak pasal-pasal harga gula akan naik. Dan berapa banyak barang-barang lain yang naik harga secara senyap-senyap.

Saya sungguh pelik bagaimana pihak kerajaan masih mengatakan harga barangan terkawal ? Siapakah sebenarnya yang menguasai ekonomi negara ini yang sedang meletakkan begitu ramai orang Melayu dan India khususnya dalam ancaman kemiskinan sekarang ? Tengok di bandar-bandar hampir setengah juta pekerja kilang diberhentikan. Tersiksa dan tertekan sungguh kehidupan mereka itu....

Alhamdulillah kita yang bekerja tetap, mungkin suami isteri bekerja, masih mampu untuk menghadapi situasi sekarang kerana ada sedikit perancangan masa depan. Bagaimanakah nasib orang-orang kampung dan golongan yang berpendapatan rendah di bandar-bandar ?

Bagi yang beringat dan tahu menyimpan mungkin agak lega sedikit tetapi duit simpanan pun kalau dikorek-korek akan habis juga jika harga barang-barang keperluan hidup dan keperluan pembelajaran di kolej dan universiti anak-anak naik melampau-lampau !!

Nampaknya kemelesetan ekonomi mula 'menggigit' rakyat .

2 comments:

Anonymous said...

emmm...
pg tadi sy beli limau nipis kt pasar rompin 4 biji 2 ringgit...
maknanya sebiji 50 sen la....
ish...ish...ish....

Anonymous said...

Tini,
Sepatutnya dengan harga 50 sen sebiji tu, kaya orang kampung. Tapi nampaknya kehidupan mereka macam tu jugak....yang terus kaya tokeh-tokeh besar ! Kita ?....merana dan merintih...barang naik!!!