Thursday, February 19, 2009

Marah !

Semua orang pandai marah. Semua orang tahu marah. Semua orang boleh marah-marah. Kemarahan adalah perasaan tidak senang atu perasaan skit hati yang susah dikawal. Ramai orang gagal marah. Ramai juga orang mudah marah.

Setengah orang pula bertindak balas bila dimarah. Guna penumbuk. Guna kaki. Guna mulut dan macam-macam lagi asalkan dapat melepaskan rasa marah.

Apakah yang boleh mencetuskan kemarahan ? Macam-macam...ancaman, kecederaan, kata-kata kesat, perlakuan atau layanan tidak adil, pembohongan atau manipulasi dan apa lagi jika batasan peribadi dicabuli.

Ada orang lebih marah daripada marah orang lain. Orang ini kurang toleransi dengan faktor pencetus kemarahan yang dihadap kepadanya... Mereka panas baran mungkin kerana faktor genetik, pengaruh sosio-budaya, stress atau tekanan kerja dan juga agaknya latar belakang keluarga. Agaknyalah....!!

Adakah kemarahan itu tidak baik ? Tidak...ianya baik jika mampu menyelesaikan masalah atau konflik. Tetapi marah menjadi tidak baik jika ianya semakin mengusutkan masalah dan memanjangkan konflik.

Bagaimana mahu mengawal kemarahan ? Sabar je lah !!! Mudahnya ? Ialah...... siapa cakap susah ?

Kau pernah marah ? Pernah ! Bila ? Tadi !

Sabar ! Cakap senang.....

Eh... marah lagi. Sabar....sabar !!!

6 comments:

cikguyusof said...

sejauh manakah hubungan cepat marah dgn tekanan darah tinggi?

Cikgu Wahab (simantanguru) said...

Sir,
Ada orang yang amat marah sehingga terkeluar perkataan inggeris dari mulutnya, walhal dia tidak pandai berbahasa inggeris pun. heheheh..

Saya ni agaknya jenis susah nak marah... Satu ketika dulu saya pernah membaca buku berjudul " How To Get Angry ". Bagus juga buku tu. Rupa-rupany nak marh ni ada syaratny juga. Kena belajar juga.

Mula-lula kena tahu: Marah tu apa ye?:
(Nak guna BI sikit, tapi bukan marah la)...

Anger is the strong emotion that you feel when you think someone has behaved in such an unfair, cruel, or insulting way that you want to express your feelings towards them in a forceful or violent way.

If someone or something angers you, they make you angry.

So, manage your anger.

Sir,
Jangan banyak sangat marah sir, nanti bertambah muda...

sazili said...

Cikgu yusof,

Saya seorang pengidap darah tinggi. Syukur alhamdulillah dengan sebab darah tinggilah saya terpaksa control kalau nak marah. Jadi ada baik juga penyakit yang Allah bagi tu, teringat je darah tinggi...tak jadi nak marah atau kalau marahpun, lebih kurang je !

Cikgu Wahab ,
Kelakr juga cikgu terpaksa baca buku "How to get angry". Bagusnya lah cikgu.

Saya cikgu, kena beli buku "How to control my anger". Ada ke buku tu?
Kadang-kadang kalau saya terasa nak marah orang lebih baik saya mendiamkan diri sambil menjauhkan diri dari faktor yang boleh mennyebabkan kemarahan tu. Saya terus bersembang hal-hal lain !!

Cikgu Wahab (simantanguru) said...

Sir,
marah tak kalau ada orang yang sengaja tak nak bersalaman dengan sir, padahal ketika itu semua orang lain bersalaman dengan sir di situ?

P'su said...

marah jg antara perasaan2 yg di anugrahkan Allah kpd kita. spt sedih, sayang,rindu, bosan dan sebagainya so!.. marah pun x boleh, xmarah pun x boleh!

sazili said...

ha..ha... dulu-dulu tu marah cikgu wahab. Sekarang ni lantak dia lah. Tak luak sikit puun..!!!

P'su,

Payah tu p'su...., marah pun tak boleh. Tak marah pun tak boleh. Dah aku nak buat guanee !!!