Monday, February 02, 2009

Ciri-ciri pemimpin yang baik....

Siang tadi tiba-tiba ada seorang pelajar perempuan tingkatan enam yang datang ke bilik saya dan bertanya satu soalan mudah tetapi amat rumit saya menjawabnya. saya tidak tahu apakah yang ada dalam minda pelajar tersebut kerana dengan tiba-tiba menerjahkan soalan itu kepada saya.

"Sir, bagaimanakah mahu menjadi pemimpin yang baik dan berkesan ?", mudah soalannya tetapi sukar untuk saya menjawab.

Termenung saya seketika sambil memandang wajah pelajar tersebut. Memikirkan jawapan yang boleh diterima oleh pelajar tersebut.

Secara sepontan saya memberi tahu pelajar tersebut akan ciri-ciri pemimpin yang baik dan berkesan mengikut pandangan saya :

1. Pemimpin itu mesti ada prinsip yang berasaskan pegangan agama Islam yang kukuh dan sangat faham akan konsep dosa pahala serta syurga dan neraka.

2. Pemimpin itu mestilah berjiwa besar dan berkeyakinan tinggi.

3. Pemimpin tersebut mesti mempunyai ketrampilan diri yang mampu menarik perhatian pengikut dari pelbagai aspek seperti gaya bertingkah-laku, berpakaian, bergaul, kebersihan diri dan seumpamanya.

4. Pemimpin tersebut mestilah seorang menguasai kemahiran komunikasi yang cekap dan baik seperti bercakap, berpidato, berkomunikasi dengan pelbagai jenis dan aras pemikiran manusia yang dipimpin.

5. Pemimpin yang pandai bercakap tetapi kerjanya pun jalan bukan seorang yang pandai bercakap atau bercakap berdegar-degar tetapi kerja tidak sampai ke mana. Action louder than talk !

Setelah serius mencatat apa yang saya sebutkan, akhirnya pelajar tersebut mengucapkan terima kasih sambil mengeluh " Fuuh...susah rupanya hendak menjadi pemimpin yang baik ni ! Tak apalah sir saya minta diri dulu !".

Saya tidak banyak soal tetapi bersetuju saya dengan keluhan pelajar tersebut bahawa susah rupanya menjadi pemimpin yang baik. Kerana kepimpinan yang tidak baiklah,dunia hari ini menjadi tak tentu arah dan huru hara ? Hanya masing-masing cakap sahaja yang pandai !!!

8 comments:

HASHIMME OMAR said...

Bercakap pasal kepimpinan ni teringat teman kepada Adolf Hitler bagaimana beliau menyatukan negara Jerman dan muncul sebagai manusia paling terkenal pada ketika itu. Beliau juga mempunyai ciri pemimpin kalau tak bagaimana nak satukan wilayah sehingga membentuk Jerman. Inilah yang dikatakan Idea. Idea boleh mengubah sejarah. Cukupkah dengan idea sahaja ? Atau kalau tak ada idea macam mana lak ? tq

Anonymous said...

Sir,

Pemimpin mencetus inpirasi bukan memaksa orang lain mengikut. Pemimpin memancarkan kasihsayang, bukan menakutkan orang lain. Pemimpin selalu berkata “kita” bukan hanya “saya”. Pemimpin bergantung kepada kebijaksanaan bukan kekuasaan. Pemimpam melihat “bagaimana” sesuatu perkara terjadi, bukan “apa” yang terjadi. Penimpin menimbulkan rasa hormat bukan mengharapkan pujian. Pemimpin melihat apa yang salah, bukan siapa yang bersalah.

Pemimpin sebegini pun belum tentu menjadi pemimpin yang baik.

Barangkali sesorang yang tidak memerlukan orang lain memimpin dirinya, boleh menjadi calon pemimpin yang baik.

Anonymous said...

yeah. pemimpin,pengurus dan pentadbir sesuatu yang berbeza. Pemimpin adalah seorg yang menjadi pendorong kepada org bawahan utk mencapai visi. Pentadbir yang mggunakan apa cara utk mencapai objektifnya. Sebenarnya kepimpinan satu yang subjektif mesti merangkumi semua dan gaya kepimpinan mesti pelbagai tapi ikut situasi. Ada orag suka pemimpin yang begitu ada yang suka begini. emm dalam kajian yg saya pernah temui tentang kepimpinan, orang singapora suka kepimpinan yang boleh inspire mereka. berbeza dgn malaysia, org malaysia suka kepada kepimpinan tranformal, knowlwdge dan trait.

Anonymous said...

Nampak Hashimme menekankan dari aspek pemimpin mesti ada idea. Saya setuju tetapi idea Adolf Hitler tu sesuai untuk orang Jerman. Bagi kita kepimpinan Rasulullah adalah kempimpinan yang wajib dicontohi sebagai kepimpinan yang sempurna.

Saya begitu tertarik dengan pandangan cikgu. Saya akan simpan kata-kata ini.Cuma perenggan yang terakhir tu cikgu wahab, tak faham saya !

Nampaknya cikgu Rosnah memberi pandangan yang lebih ilmiah yang mengandungi pandangan yang perlu diambil kira.

Pokoknya menjadi pemimpin perlu mempunyai ciri-ciri yang menarik dan berbagai.....

Anonymous said...

sir,
Maksud perenggan akhir tu, lebihkurang begini:

(Barangkali) Sesorang pemimpin sewajarnya arif memimpin dirinya terlebih dahulu sebelum memimpin orang lain.

Janganlah seperti 'sang ketam mengajar anaknya berjalan betul'.

Anonymous said...

Oh gitu... nampaknya cikgu wahab hari ini memang tidak dapat tolak sudah ramai pemimpin yang setaraf ibu ketam !! Lihatlah di mana-mana memang ada, dalam dunia, dalam negara, dalam negeri, dalam daerah, dalam kampung, dalam organisasi malah dalam rumahtangga pun ada ! Guana gaya tu ?

Anonymous said...

ermm..
mmg susah..dah penah rase dah..mmg serik sgt sir!dahla ank2 buah tak brape nk dgr cakap..sabo jer la..

hmm..sy tertanya2..
sape agk nyer yg tanye n jumpa sir ni ek??

Anonymous said...

rusdi,
walaupun susah tidak boleh serik. Seseorang yang mahu menjadi pemimpin yang berjaya dan berkesan dia tidak boleh pakai istilah 'serik'. Mesti terus belajar dan mencari pengalaman, akhirnya pasti akan berjaya.

Soal siapa yang tanya tu teka je sendiri !