Saturday, February 14, 2009

Begitulah perangai budak-budak !


Sedang saya sibuk menyiapkan kerja-kerja rutin di bilik saya, tiba-tiba Guru Kaunselor sekolah datang. Dia minta kerjasama saya untuk memanggil dan menggertak beberapa orang pelajar yang boleh dikategorikan sebagai pembuli walaupun perbuatan membulinya itu berbentuk buli mental melalui percakapan atau kata mengata.

Setelah siap kerja, tanpa berlengah saya memanggil lima orang pelajar. Tiga orang pembuli dari Tingkatan 2, seorang yang dibuli Tingkatan Satu dan seorang pembela yang kena buli pelajar Tingkatan 2.

Setelah saya menyiasat, buli membuli ini sebenarnya datang dari gurau bergurau pada asalnya. Dalam gurau bergurau bermulalah kata mengata. Biasalah, dalam kata mengata itu ada yang tahan emosi dan ada pihak yang tidak tahan. Maka bertembunglah dua emosi yang bertentangan. Dari sinilah bermulanya ejek mengejek sampai kepada keadaan yang tegang iaitu mengata kepada ibubapa masing-masing. Memang pantang orang Melayu kalau orang kata kepada mak bapak dia, tak tahu kenapa!

Sampai di sini saya teringat filem Labu Labi sewaktu mereka bergaduh. Kata Labu kepada Labi " Ini kepala bapak kau dan ini kepala bapak aku". Ditenyeh-tenyehnya kertas yang dikatakan kepala bapak Labi. Labi hendak tenyeh kepala bapak Labu, Labi takut, kerana Labu singsing lengan baju! Menangis Labi!

Besar masalah kata mengata mak bapak dalam budaya Melayu rupanya !

Kadang-kadang, saya rasa hendak marah dengan keletah para pelajar yang macam ni. Tapi kadang-kadang hendak tergelakpun ada. Perangai budak-budak ni serupa je. Baik yang sebelah sini mahupun yang sebelah sana. Macam kisah kambing dengan ayam jantan!

Kambing terserempak dengan ayam jantan. Lalu gatal mulut kambing ," Engkau ni apalah ayam jantan... Bulu lawa, berkilat-berkilau, warna-warni pulak, jambul tak mudahlah, tapi kaki tak pakai kasut...kaki ayam !".

Tersirap darah ayam jantan bila diejek begitu, maklumlah ayam jantan, lalu dia balas balik," Alah ...sudahlah kau kambing, jangan nak mengata orang. Kau tu janggut panjang tapi batu tunjuk kat orang!".

Heh..begitulah perangai budak-budak.... Sudahnya cikgu yang pening kepala.

2 comments:

mantan said...

Sir,
Memang begitulah perangai budak-budak. Tapi perangai ni kalau tak dikawal boleh jadi masalah disiplin di sekolah.

Setiap kali saya bertukar ke sekolah baru, perkar ini memang saya beri perhatian.

Saya tetapkan 5 kod etika sekolah:

1.Follow all teachers' instructions.
2.Look after our school.
3.Look after yourself and your friends.
4.Keep your hands and feet to yourself.
5.No teasing and no name-calling.

Biasanya setiap kali perhimpunan mingguan, saya sentuh hal-hal yang berkaitan 5 kod etika tersebut supaya sentiasa dalam ingatan pelajar.

Bagi saya itu salah satu cara saya memantapkan disiplin sekolah.

Anonymous said...

Terima kasih cikgu wahab,

5 kod etika itu akan saya guna pakai nanti. Saya nak tulis besar-besar di beberapa tempat di sini.

Cikgu lupa nak bagi email kat cikgu. sebab sibuk sangat,maaf. Ini email saya:

sazilimohdnor@gmail.com ATAU
asmn_kp@yahoo.com