Thursday, February 26, 2009

Hari ini pasal kuasa semua berebut !

Zaman ini manusia saling berebut. Berebut serba-serbi dan paling direbut ialah kuasa. Bagi mereka jika memiliki kuasa, maka akan dapat menguasai segala-gala terutama kekayaan harta dan wang ringgit. Mereka sanggup mengamalkan berbagai teori untuk mendapat kuasa. Mereka sanggup melobi yang berkuasa demi mendapat kuasa. Mereka sanggup memfitnah demi kuasa. Mereka sanggup 'menelan' orang lain kerana kuasa. Malah mereka sanggup membunuh dengan apa cara kerana gila kuasa.

Mari kita merenung dailog antara Umar r.a. dengan Abu Bakar r.a.

Ketika Rasulullah s.a.w wafat, para sahabat sibuk memikirkan siapakah pengganti baginda sebagai pemegang tampuk kekhalifahan atau yang akan mengurus urusan masyarakat Islam yang baru ditinggalkan.

Kebanyakan para sahabat tidak suka kepada jawatan (zuhud) maka itu mereka tidak mahu menjadi ketua dan sentiasa melihat diri mereka masing-masing sebagai tidak layak berbanding sahabat-sahabat (antara mereka) yang lain. Lalu Umar berkata kepada Abu Bakar.

"Wahai Abu Bakar, saudaralah orang yang paling berhak dan paling layak memegang tampuk kekhalifahan dan kekuasaan berbanding semua manusia lain. Ini adalah kerana anda adalah lebih mulia daripada mereka."

Lantas Abu Bakar menjawab, " Tidak Umar. Aku tidak layak. Saudaralah sebenarnya yang lebih layak dan paling berhak kerana saudara adalah yang paling kuat di antara mereka."

"Wahai Abu Bakar, sesungguhnya kekuatanku adalah untuk saudara bersama kemuliaan saudara,: kata Umar bin Khattab penuh tawadhuk.

Akhirnya setelah melalui beberapa musyawarah, Abu Bakar Assiddiq telah dipersetujui ramai dan dilantik mewarisi tugas Rasulullah s.a.w sebagai khalifah yaing pertama.

Bayangkanlah hari, semua mengaku layak dan semua mahu. Masya Allah !!

3 comments:

Rosnah said...

assalamualaikum,Bila membaca coretan sir ni saya teringat pada buku karangan hussain al Attas yang bertajuk kuasa wanita dan tahta. Bila ada kuasa boleh takluk segala. Emmm berbeza sangat dengan pengertian kuasa yang difahami oleh para khalifah itu jauh sekali oleh rasululah. Sekira kita perinci sejarah,Nabi Muhammad jarang sekali menggunakan kuasa namun begitu sehingga kini dia masih diiktiraf sebagai pemimpin oleh semua bangsa. Dalam buku Gary Yulk ada membuat contoh Nabi Muhammad adalah seorang pemimpin karismatik. Bermakna kepimpinan nabi muhammad diiktiraf oleh orang barat juga.

Anonymous said...

agma bla x djdkn mksd hdup,gnila jdinya...........

sazili said...

Cikgu Rosnah,
Benar sekali, contoh kepimpinan yang terbaik ialah kepimpinan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w kerana Rasulullah s.a.w di utuskan untuk membawa rahmat yakni keselamatan bagi sekalian manusia di muka bumi ini.

Mat/Siti Anonymous,
sebab itu tiada jalan lain melainkan kita kembali kepada Islam yang syumul (menyeluruh) sebagai ad-deen.