Friday, February 13, 2009

Penurunan tarif elektrik lebih kurang seringgit lebih akan meringankan beban rakyat ? - Malaysiakini

Tarif elektrik dan gas akan dikurangkan mulai 1 Mac ini. Pengguna domestik akan mengalami penurunan tarif sebanyak 2.54 peratus. Kalau betullah kiraan ini, maknanya kalau isirumah itu kena bayar bil elektrik RM50 dapatlah kurang dalam satu ringgit lebih. Inilah nilai yang dikatakan sebagai mampu meringankan beban rakyat.

Dengan penurunan itu benarkah beban rakyat akan dapat dikurang sedangkan harga ayam, harga ikan, dan harga barangan keperluan lain termasuk harga tiket perkhidmatan teksi dan bas, bayaran bas sekolah terus meningkat dan masih tinggi ?

Apakah situasi ini benar-benar meringankan beban rakyat dalam keadaan pendapatan rakyat semakin kecil nilai Ringgit Malaysianya. Bayangkan pula pekerja-pekerja yang terpaksa berkerja tiga hari seminggu dan keadaan lebih dahsyat menimpa mereka yang diberhentikan kerja. Mana wang untuk membiayai makan pakai di rumah? Ada yang ansuran kereta masih tertunggak agaknya !

Mana wang untuk membiayai persekolahan anak-anak? Anak-anak di IPTA dan IPTS bila-bila masa akan minta wang dihantar? Mana wang untuk tambang bas sekolah anak-anak? Mana wang untuk membayar bil-bil, hutang-hutang bank, hutang-hutang PTPTN, cukai-cukai dan mana wang untuk menghantar perbelanjaan kepada ibubapa di kampung ? Ada yang isteri bila-bila masa akan melahirkan anak dan bayaran untuk pengasuh akan semakin bertambah ! Yang hendak berkahwin di zaman sekarang kelam kabut berusaha mengumpul lebih kurang RM20.000. kalau tidak jangan fikir soal kahwin !

Apakah rakyat akan diseru agak berjimat eletrik yang sudahpun mereka jimatkan selama ini? Apakah rakyat akan diseru bahawa cara-cara menjimatkan eletrik ada tidur awal ? Mungkin langkah tidur awal akan mampu menjimatkan eletrik tapi apakah tidak mungkin kadar kelahiran akan bertambah dengan mendadak? Ahli keluarga pula akan semakin bertambah !

Justru itu kita benar-benar merayu agar pihak bertanggungjawab terhadap kebajikan rakyat benar-benar menyusun langkah dan strategi, untuk benar-benar meringankan beban rakyat dan rakyat benar-benar merasai beban yang benar-benar ringan.

3 comments:

Anonymous said...

Rakyat disuruh berjimat tapi kerajaan menghabiskan duit rakyat tak pe sebab atas dasar pembangunan dan kemajuan...pada hal yang banyaknya masuk dalam poket mereka ada beranak...!!!!!

Anonymous said...

kalu dah benci kat kjaan, buat apepun, sema x betul.

Anonymous said...

Duit ada tapi dok beli orang yang nak lompat...kita ni dok habis duit sebab politik tapi ekonomi entah dimana.

Seluruh dunia sekarang meleset teruk...termasuk negara yg Malaysia banyak eksport barang.

Kesan dah ada tapi ahli politik kita asyik letak ber'politik' setelah habis PRU12.

Jangan jangan tanda negara nak musnah.

Harap harap anak cucu cicit aku tak marahkan kita sebab musnahkan duit.

Malau
Kg Janglau