Tiga penyelidikan besar telah menunjukkan bahawa merokok adalah faktor risiko bagi penyakit jantung.
Dalam satu kajian ke atas lebih sejuta orang lelaki di Amerika Syarikat, dua orang ahli sains, Dr Hammond dan Dr Garfinkle, mendapati lelaki yang berumur antara 40 tahun hingga 49 tahun yang merokok mempunyai tiga kali ganda peluang di serang sakit jantung.
Di England, Sir Richard Doll dan Dr Hill mendapati perokok sederhana di kalangan lelaki berumur antara 45 tahun hingga 54 tahun mempunyai tiga kali ganda risiko untuk mati akbita penyakit jantung koronori.
Di Australia, Yayasan Jantung Kebangsaan melaporkan bahawa seseorang berumur antara 45 hingga 54 tahun dan menhisap rokok 10 hingga 19 batang rokok sehari mempunyai dua kali ganda risiko diserang sakit jantung. Manakala mereka yang menghisap lebih dari 20 batang sehari, peluang diserang jantung adalah tiga kali ganda !
Dari segi penabungan sangat merugikan. Kiraan kasar, menghisap rokok 1 hari 10 batang bermakna sebulan 300 batang. Setahun 3600 batang. Jika sebatang rokok berharga 40 sen maka setahun menjadi RM1440.
Berita baiknya adalah - jika anda berhenti merokok risiko untuk mati akibat serangan jantung semakin berkurangan. Selepas empat tahun berhenti merokok peluang akan diserang penyakit jantung adalah sama dengan orang yang tidak pernah merokok.
Berhentilah merokok !
5 comments:
Salam,
Ulamak berpendapat, merokok juga adalah syiar Bani Israel serupa dengan nyalaan & larian obor sukan...
Mahu berhenti merokok? Jika mahu..seribu daya, jika tidak mahu..seribu dalih. Tidaklah susah sangat rasanya, cuma kena kuatkan hati, InsyaAllah boleh berhenti. Saya pun dulu merokok tapi sudah berhenti..(",).
Saya bersetuju dengan Dewan Muslimat PAS Kedah mengenai merokok itu - masalahnya orang-orang kita sering tidak ambil berat mengenai persoalan tersebut.
Lan,
Betul ke kalau mahu berhenti merokok hendak seribu daya tak hendak seribu dalih ? Ooo...perokok rupanya ! Tahniah Lan kerana dah berhenti merokok, engkau memang hebat !
Sir,
Nasib baiklah saya sudah berhenti merokok dua puluh tahun yang lalu.
Jika tidak, mesti akan jadi macam orang dalam gambar tu. Gambar orang mana tu, sir?
Cikgu Wahab dulupun pernah merokok ya ? Tak tahu pulak saya. Maknanya cikgu Wahab lgi hebat sebab sudah berhenti merokok 20 tahun yang lalu. Tahniah cikgu wahab.
Tentang gambar tu...tak ada nak kata pada sapa-sapapun cikgu tapi kalau ada orang terasa, suka juga saya !! He..he..
Post a Comment