Hari semalam saya agak sibuk menguruskan perjumpaan dengan beberapa orang penjaga yang dipanggil ke sekolah mengenai hal disiplin anak-anak mereka. Kebetulan di minggu sebelum perayaan Tahun Baru Cina, 7 orang pelajar Tingkatan 2 ditangkap merokok di asrama. Pengetua meminta ibubapa/penjaga ini dipanggil untuk dimaklumkan hukuman yang telah diputuskan oleh Pengetua sekolah. Tugas berjumpa dengan ibubapa pelajar-pelajar berkenaan diserahkan kepada saya. Oleh kerana kes disiplin adalah kes sulit maka saya terpaksa berjumpa ibubapa pelajar seorang demi seorang.
Yang saya hendak ceritakan ialah ragam ibubapa semasa berada dihadapan saya. Macam-macam. Bagusnya ibubapa para pelajar ini ialah kebanyakannya ibu dan bapa hadir bersama. Wajah dan tingkahlaku mereka agak dramatis. Terutamanya ibu.... Ibu mana tidak sayangkan anak.
Adegan 1:
Apabila saya maklumkan salahlaku anak mereka, si ibu menjadi sebak dan terus berpaling ke arah dinding menangis teresak-esak. Ayah pulak menghela nafas panjang. Saya terkedu seketika melihat adegan ini. Sambil ibu menangis teresak-esak macam-macam 'syarahan' disampaikan kepada si anak. Yang si anak ni pulak terkebil-kebil. Terkebil-kebil dengar ke, atau terkebil-kebil tak dengar, saya tak tahu !
Saya membiarkan si ibu mencurahkan rasa hatinya kepada si anak dalam keadaan teresak-esak itu. Namun sehelai-demi sehelai kertas tisu atas meja saya ditarik. "Habis tisu aku !", kata hati.
"Adik, kenapa adik hisap rokoookkkk.... Adik nak suruh ma mati KEEE !!???" geram si ibu. Terkejut saya sekejap.
"Heh, await hang ni..sabaqq!" jerkah si ayah pada si ibu. Saya membiarkan dengan lagak saya ala-ala profesional, konon !
Setelah habis ibu memberi syarahan...semua terdiam. Ayah sejak dari awal tidak terkata apa. Agaknya ayah pun kuat merokok, tu yang tak berleter banyak. Saya mula membuat kesimpulan dan memberi sedikit nasihat kepada si anak. Lagi kuat si ibu teresak-esak. Saya menamatkan pertemuan. Mereka bertiga keluar dari bilik saya setelah pelajar berkenaan menandatangani akujanji tidak melanggar disiplin sekolah lagi. Entahlah....!!
Adegan 2:
Ibubapa kedua masuk berjumpa saya. Setelah saya maklumkan kesalahan anak mereka, si ayah terus tepuk dahinya sendiri selepas itu dia mengeleng-ngeleng kepalanya.
Lemah si ayah bersuara, " Cikgu, saya rasa betul-betul malu dan terpukul oleh perbuatan anak saya ni. Saya penguatkuasa larangan merokok Kementerian Kesihatan. Saya tangkap dan saman orang merokok, saya tangkap dan denda anak-anak orang merokok, rupa-rupanya anak saya sendiri yang dah belajar merokok".
"Malu ayah, abang. Mak pun malu bang !", sesal si ibu.
Adegan 3:
Yang ketiga ni seorang bapa. Cemas anaknya ditampar dihadapan saya apabila saya maklumkan kesalahan anaknya. Dua tiga kali di angkatnya tangan hendak dilibaskannya anak dia. Saya menyabarkannya. Dia tiba-tiba kelihatan sedih dan terus menitis airmata.
"Saya kecewa ustaz", dipanggilnya saya 'ustaz.' '" Saya datang pagi ni, bertolak sebelum subuh tadi menunggang motosikal 128 kilometer. Sampai di sini, ini yang dia hadiahkan kepada saya." Tergenang airmata pakcik tu. Si anak tunduk tak terkata apa-apa. Saya diam seribu bahasa sambil memandang penuh simpati dan mendengar segala luahan hati pakcik tu.
Adegan 4:
Pasangan ibubapa muda. Kelihatan tenang dan bersahaja. "Apa masalah anak kami cikgu ?", tanya si emak tidak sabar-sabar.
"Dia merokok," jawab saya ringkas.
"Apa hukumannya cikgu ?" tanya si ayah.
"Kesalahan pertama, melaporkan kepada ibubapa dan rotan satu kali", jawab saya.
"Cikgu, saya mohon cikgu rotan tiga kali, rotaannn kuat-kuat", kata si ayah geram. Saya diam sahaja. "Mana bolehh", kata saya dalam hati.
"Kalau cikgu tak nak sebat dia tiga kali, biar saya sebat", dapat saya bayangkan kalau ayah yang sebat, harus demam budak ni !
"Okay encik.... tak apa, hukuman itu serahkan sahaja kepada Pengetua!" kata saya menenangkan si ayah.
Adegan 4:
Ibu muda masuk bersama anaknya yang bersalah. Senyuuumm memanjang si emaknya tu, macam tak ada apa-apa berlaku. Saya terus membaca kesalahan pelajar tersebut ia itu menjual dan menghisap rokok. Dia terima dengan senyum jugak.
"Eh...kenapa engkau jual rokok, lebih baik kau jual kerepek...!" hendak tergelak saya mendengarnya. Jual kerepek yang terkeluar dari mulut siibu... Muka si anak tu 'seleber' je sambil tersengih apabila kepalanya ditunjal lembut oleh si ibu yang sentiasa tersenyum itu. Tak percaya langsung saya budak ni penjual dan pengedar rokok kat asrama. Tapi itulah yang sebenarnya.
Ibu muda ini terus tersenyum apabila saya maklumkan yang anaknya digantung asrama oleh Pengetua.
Itulah antara adegan-adegan yang berlaku dihadapan saya. Macam-macam hal! Sedar tak sedar saya bersarapan pagi hampir pukul 12.00 tengahari.

8 comments:
Sir,
Saya fikir tercetus segala gelagat dan tingkahlaku ibu bapa yang demikian tu, 90% hanya kerana ibu-bapa sendiri terasa MALU!
Yang selebihnya itu adalah bauran antara marah, kesal, benci, penafian, tidak percaya, membela, simpati, kasihan, geram dll kepada si anak dan juga guru.
Cikgu wahab
Dalam pertemuan tersebut seorang bapa bertanya kepada saya; cikgu apakah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk membenteras aktiviti menghisap rokok di kalangan pelajar?
Saya jawab mudah sahaja cikgu; Sekolah tidak mampu cuma boleh kurangkan sahaja boleh. Yang mampu bendung dan menghalang pelajar hisap rokok adalah ibu dan bapa. Dia tanya lagi kenapa cikgu kata begitu ?
Saya jawab; sebab ramai juga para pelajar yang tidak hisap rokok walau di asrama manapun mereka tinggal. Kerana apa? Kerana didikan berkualiti mak ayah....!!
Kekadang saya kenang kembali kisah kisah masa remaja dulu saya cukup bersyukyr kerana sehingga kini masih belum menjadi PEROKOK. Mrk yang merokok tu bagus juga bantu petani di Bachok yang giat menanam tembakau...
Saya dulu pernah juga terlibat memanggil bebudak melanggar disiplin ni dengan mak bapak dia.
Sekali tu bila ditanya apahal buat salah...sianak menjawab..."yela bapak ngan mak asyik kelahi jer kat umah".
Tak terkata saya...terkedu mak dan bapak dok mendengarnya.
Entahlah kot kot saja budak tu buat alasan.
Apa pun susah nak jaga anak org ni. Macam macam fesyen.
Terlanjur nak bertanya...sekarang ni siapa ada kuasa merotan dan kesalahan macamana serta sejauh mana boleh hukum tu. Ada buku panduan baru ke?
Saya dah lama tak tahu kisah alam pendidikan ni.
BekasCikguMuda
Felda Selancar
Hashimme,
Kenyataan 'masih belum menjadi perokok' tu tak berapa sedap. Ada cita-cita nak jadi perokok ke ? Ada lagi ke tanam tembakau kat bachok tu mie ? Aku tak pernah ke situ.
Bekas cikgu Muda Selancar,
Betul tu...ramai ibubapa tak tahu masalah disipiln anak-anak mereka sebab kat rumah anak-anak dia macam okay je. Bila kat luar rumah..hah engkao!!
Peraturan sekarang ni hanya Pengetua atau Guru Besar sahaja yang boleh merotan atau guru yang mendapat kelulusan rasmi mereka sahaja. Merotan bukan melibas !!
sir,
saya nie bekas pelajar sir, pernah di tampar oleh sir kerana tak siap kerja sekolah.di tampar kerana berlari2 semasa prep.di tampar kerana buli.semua nya di smk seri rompin, sir mengajar saya BI semasa sy form1 tahun 2005. sir byk kali marah sy tegur sy.saya rase mcm sir benci kan sy.sekarang bila ternampak sir di bandar rompin sy segan untuk berjumpe dgn sir. sy malu. sy di buang asrama tahun lepas kerana telah memasuki rumah warden untuk mengambil henset. saya Mohd Ruzaini, tak tau la sir ingat lagi ke x sy nie, sir kata pada sy ,sy kurang ajar mcm2 lagi anak xkenang budi.itu pun sy tak tau sir ingat lagi ke tidak.tapi sy rindu sgt pada smk seri rompin,sy tahu tugas jadi cikgu nie berat, jadi sy pun ada cita2 untuk menjadi cikgu biar sy rase ape yg sir rase.byk nyer tulis nie, buat karangan x panjang mcm nie, harap sir adil la dlm menghukum pelajar x kira umur n keturunan biar pun bersaudara.Assalamualai kum sir Sazili
salam sir.....ni sy faiz omar,ex f6 stdnt batch thn lpas.x tau la sir ingt lg ke x.rjn gak bce blog sir nie.ble bce rse mcm sy msh d sri rmpn la.rndu la kt sir n smua gru2.............
Ruzaini,
Saya masih ingat ruzaini. Sangkaan ruzaini silap. Sir tidak pernah mempunyai perasaan benci kepada pelajar-pelajar. Segala tindakan spontan adalah gambaran emosi pada waktu itu. sebenarnya ruzaini seorang pelajar yang baik, pendiam dan jarang meluahkan apa yang dirasa kepada sesiapa terutama guru-guru. Apa yang berlak kepada ruzxaini adalah pengaruh seseorang yang terlalu kuat terhadap ruzaini. sebab itu sir selalu memberi tahu para pelajar sir berhati-hati memilih kawan atau kalau kita berkawan, kita mesti menguasai kawan bukan kawan kuasai kita.Jangan begitu...jika berjumpa sir di mana-mana jangan segan, tegur dan sapalah sir. Apa yang telah berlaku jadikan ikhtbar untuk kejayaan ruzaini di masa depan. Sir doa kejayaan buat ruzaini.
Faiz,
Kalau rindu kat SMKSR datanglah sini. Bukannya jauh ....muadzam shah. Ok Faiz jaga jantung baik-baik. Salam kat Sharol dan Lan gendang.
Post a Comment