Tuesday, February 03, 2009

Buah mangga...so nice !!

Teragak nak makan mangga, bukan mengidam ! Tak pun! Asyik makan buah limau je musim perayaan cina ni. Naik kembung perut. Buah mangga pun buah yang lazat. Orang Pahang panggil macam orang Singapore panggil ....buah mangga (ye ke ?) .


Orang Trengganu panggil buah mempelam. Tapi mereka sebut buah ’ppelang’. Orang Trengganu baik, diwakafkannya mempelam ni, Wakaf Mempelam! Tapi walaupun diwakafkan bukan boleh ambik sembarangan, MAWE jaga! Bukan Mawi penyanyi...Mohd Abdul Wahid Endut...YB.


Orang Kelantan pulak memang tak suka buah mempelam, menyebutkannya pun mereka tak pandai! Kita suruh sebut pun dia orang tak nak sebut. Sebab itu buah mempelam dipanggilnya buah pauh !


Dulu saya pernah ke Kota Bahru berkursus. Pergilah saya ke Pasar Siti Khadijah. Saya menghampiri sebuah gerai buah. Tuan punya gerai yang saya rasa macam mak cik tetap panggil saya abe, ”Abe nak beli ggapo abe ? Maghi ah...buah-buah manih belako ni”.


Dengan innocentnya saya pun bertanya, ” Buah mempelam ada ?”


“Kito tok jua buah ggotu abe…kito jua woh pauh…ni haa manihh! Maghi lek siyee ni !” jawab jurujual yang panggil saya abe tu selamba.


Tapi pak cik digerai sebelah, saya lihat tersenyum sambil menyampok “ Kito kelate niii, tok beghapo nok buleh sebut buah hok cik sebuk tu….takuk nyo kato dok oghe! Kito sebuk woh pauh!”


Masya Allah…. barulah saya perasan. Segan sendiri saya kepada jurujual di depan saya tu yang mengilai kecil mendengar penerangan pakcik tu.


Tak kiralah buah mangga ke…buah pauh ke…buah mempelam ke …janji hari ini saya dapat menikmatinya….

Kalau yang manis….masya Allah…lazat !! Tengoklah kalau tak percaya. Kan ? Soo nice !!


Itu yang manis. Yang masam lagi mengancam…Potong slice, cicah kicap yang diisi gula pasir, isi belacan dan dipatahkan lada kecik… bagi pedas sikit. Fou yooo….kan dah kecur air liur !!


Kalaulah pula dibuat jeruk….nak-nak bagi cikgu-cikgu perempuan sekolah saya..meleleh air liur mereka. Tengok…sedapkan ?


Wah… ini lagilah sedap kalau dibuat lauk. Kerabu mangga! Membuka seleree….


Heyy… buah mangga si buah mempelam..…buah apa Fairuzzz ???



6 comments:

"rusdi_ramli" said...

haiii...
sir ni kang

nk jer sy suh blnje buah pelam..
buat org kecur jer tau!!!
heheheh..

Kembara Kelana said...

orang kelantan tak boleh sebut pelam.. sebab tu dia panggil pauh..cuba mu sebut pelam dalam loghat kelantan...apa jadi..?

cikguyusof said...

tak senonoh la kau sof, tak payah ler nak suruh org lain sebut, kalau kau suka sgt kau jer ler yg sebut, hehehe (bahasa komen aku ni kira kaso ke sof?)

sebut ttg buah pelam ni, teringat saya pokok mempelam yg terdpt di belakang rumah emak. Arwah atuk yg tanam dulu, saya pun tak berkesempatan jumpa atuk. Pokoknya dah jadi spt pokok balak, batangnya hampir empat pemeluk. Masa kecik2 dulu, selalu jugak saya lihat tauke cina memajak pokok tu dan 'diranggah' ketika buahnya masih muda, mungkin utk dibuat jeruk. Berpuluh bakul dapat. Buahnya tak boleh dibiarkan masak sbb biasanya berulat, sikit jer yg tidak. Rasanya masam2 manis ler...pelam kampung ler katakan. Pokok tu masih ada tp dah condong sedikit, masih berbuah tp tak banyak, tak tahu ler bila akan menyembam ke bumi....

Cikgu Wahab (simantanguru) said...

meleleh dah ni...

permatayah said...

kat perlis orang panggil Harum Manis.....

sazili said...

Memang sedap, yang masak manis sangat.
Yang muda buat cchole'k...fou yoo !!