Menyaksikan permainan pasukan bolasepak kebangsaan sepanjang Pestabola 2008 dan prestasi awal 2009 ini, dapatlah dirumuskan bahawa pasukan tersebut belum meningkat tarafnya. Pasukan kebangsaan masih berada dalam zaman kejatuhan yang sangat kritikal. Nampaknya usaha menempat pasukan bola sepak kebangsaan berada di dalam kumpulan pasukan bertaraf dunia masih jauh dari tercapai.
Pertamanya, sekali-sekala apabila berpeluang menonton permainan pasukan kebangsaan seringkali dapat ditonton pemain-pemain pasukan kebangsaan yang kelihatannya seperti tidak berstamina. Pergerakan pemain kelihatan lembik lutut, tidak kelihatan sasa, mudah jatuh apabila diasak secara fizikal oleh pemain lawan, larian yang tidak kelihatan bertenaga. Kenapa tiada yang mempunyai larian seaggresif dan secantik larian Jamal Nasir , Mokhtar Dahari, Abdullah Ali, Syukur Salleh atau Hamidon Abdullah. Bukan sahaja pantas tetapi keras, tegap dan tidak lembik. Pemain-pemain dahulu tidak mudah jatuh, lasak dan sangat aggresif dalam pergerakan walaupun serendah Wan Zawawi. Ini bermakna gaya pergerakan ini sebenarnya adalah aspek stamina yang boleh dibentuk. Pemain-pemain Malaysia yang ada hari ini masih jelas tidak terbentuk dari segi ini.
Realiti yang tidak boleh ditolak ialah untuk bermain di pertandingan bertaraf dunia pemain-pemain Malaysia mesti mampu bermain selama 180 minit atau lebih secara bertenaga dan aggresif seperti pemain Korea Selatan, Cina dan Jepun. Jika tidak mampu mencapai standard tersebut, lebih baik tak usah bermimpi untuk menjadi pasukan bertaraf dunia.
Kelemahan kedua nampaknya ialah faktor kemahiran. Dari apa yang dapat lihat beberapa tahun kebelakangan ini pemain-pemain Malaysia sangat lemah dari segi kemahiran permainan bolasepak. Hantaran yang tidak tepat. Kawalan bola yang longgar. Tendangan yang sering tidak menepati sasaran dan paling utama kemahiran berfikir yang cukup lemah. Lemah dalam membuat keputusan dalam permainan akhirnya permainan menjadi hilang fokus. Kelemahan ini seringkali dimanipulasi oleh pasukan lawan. Nampaknya pemain-pemain kini bermain " asal kejar bola dan asal dapat sentuh bola" maka itulah bermain bolasepak!
Pelik kenapa Pengurus dan Jurulatih tidak nampak perkara ini ? Atau sudah berkemahirankah pemain-pemain yang mereka bimbing itu sebenarnya? Kalau mereka kata pemain-pemain mereka sudah berkemahiran, maka percayalah, tahap itulah mereka selama-lamanya, merudum lagi mungkin! Perkara kemahiran pemain ini, peminat-peminat dan pengulas bolasepak sudah nampak 10 - 15 tahun yang lalu dan hari ini keadaan tetap macam itu juga.
Faktor ketiga ialah disiplin.
Faktor keempat pengurusan pasukan iaitu pengurus pasukan dan jurulatih yang sambil lewa, tidak kreatif dan tidak berintegriti dan pengurusan yang tidak profesional. Sudah berapa kali kita terdengar sukan bolasepak negara terbabit dengan rasuah bolasepak dan pengurusan yang pilih kasih. Apakah FAM sudah melata mencari pemain berbakat atau masih ada unsur pilih kasih dalam pemilihan pemain ? Standard dan sistem kerujulatihan juga agaknya seperti masih ditakuk lama.
Faktor kelima, pengendali FAM itu sendiri mesti berubah. Pengurusan yang seringkali melanggar etika profesionalisma pengurusan bolasepak perlu ditiadakan di FAM. Pemberian mata kepada pasukan yang bertanding pun masih kelam kabut !
Jika lima faktor ini tidak diatasi segera, janganlah kita berharap Malaysia akan menjadi antara pasukan terbaik dunia seperti Korea Selatan, Iran, Jepun, Turki dan China. Kita mungkin hanya setaraf atau akan lebih rendah dari pasukan Mali dan Sierrra Leone!
5 comments:
Hhmmm...itu komen orang yg pernah wakil daerah tu. Powerlah cikgu sazili. Saya pn geram jugak dengan bola sepak Malaysia ni. Saya rasa yang paling bersalah adalah rakyat Malaysia yang kurang bermain bola. Padang kosonglah cikgu sazili. Cane nie..
Lan,
Tak betul tu. Rakyat Malaysia semulajadi memang sukan main bolasepak. Dulu masa saya kecik-kecik dan remaja dulu setiap petang ada permainan dan perlawanan bolasepak dan siap ada penonton lagi. Kenapa dulu begitu ? Kerana dulu aura permainan Pasukan Kebangsaan Malaysia cukup hebat Lan. Mak saya pun tahu siapa Arumugam spiderman ! Hari ini ? Adakah aura Pasukan Kebangsaan kita ? Auta mungkin ada !!!winar
Sir,
Itu dulu. Kita ada banyak waktu untuk bermain. Kita enjoy main bola. Kita ada semangat nak main bola. (Dulu masa budak-budak, saya main bola getah je dan bola kulit yang dimasukkan tiub dan dijalin macam tali kasut tu). Tapi tetap bersemangat main bola)
Sekarang, budak-budak terpaksa main bola kerana mewakili sekolah.
Itupun dah lambat. Di negara lain (yang maju sukan bola sepaknya).Budak-budak seawal enam tahun sudah diketahui potensi mereka untuk menjadi pemain pro nanti. Latihan berterusan dilaksanakan.
Di negara kita camne?
Cikgu Sazili,
Kita dah x bolehkan harapkan FAM. Dah berpuluh tahun kita kecewa dengan FAM. Tapi FAM macam x mahu berubah sama ada dasar, strategi mahupun kepimpinan. Begitu juga dengan persatuan peringkat negeri mahupun daerah. Batang idung pun kita x nampak.
Jadi, saya rasa kita kena buat inisiatif sendiri dengan kita sendiri bermain bola, galakkan anak kita dan pelajar bermain bola serta selalu menganjurkan kejohanan bola sepak untuk menarik minat mansyarakat bermain bola. Jadi kemajuannya adalah dari bawah ke atas.
Semasa saya kecik, setiap hujung minggu mesti ada kampung yang menganjurkan bola sepak. Pada masa tu, minat masyarakat memang tinggi terhadap bolasepak. Sekarang budak2lebih minat menunggang moto dan bermain game komputer.
Betol...betol !!
Tapi Lan, engkau nak suruh aku main bola lan ? Aku dulu bolehlah, aku sekarang main 10 minit dah minta nyawa tau !
A'ah...betullah cikgu wahab. Saya dulupun main bola getah, sekali kena cop atas belakang...hah engkau merah menyala! Tapi semagat main bola tetap tinggi. Saya masih ingat cikgubwahab, Lan, dulu masa bermain setiap pemain tu mengaku ada yang jadi pele, mokhtar dahari, arumugam, sih chn aun, namat, syed ahmad, wan zawawi,beckenbaur, john cruff, gredmuller tapi hari ini tak kenal sorang pun. Kenal-kenal kerana kahwin lari dengan artis kat siam...kerana itu je lah. kalau tdak tak kenalpun kerana handal main bola tu.
Post a Comment