Tuesday, January 27, 2009

Mat rempit, seks di atas motosikal ? - Malaysiakini


Hari ini saya membaca satu kajian dalam Berita Harian oleh Prof Madya Dr Rozimi Ismail dari UKM mengenai kegiatan mat rempit. Pada pandangan orang awam secara kasarnya memang mat rempit dewasa ini sebagai satu masalah yang begitu mengancam. Aktiviti merempit wujud di mana-mana baik di kota, bandar mahupun di ceruk kampung. Maka tidak keterlaluan jika kajian itu mendapati mat rempit antara menyumbang besar kepada indeks jenayah negara.

Kajian itu mendapati pembabitan remaja Melayu dalam merempit semakin meningkat kepada 95 peratus berbanding 80 peratus pada tahun 2002 . Kebanyakan yang merempit ini berusia antara 14 hingga 25 tahun dan majoritinya berusia lingkungan 21 ke atas. Tidak menghairankan jika dikaji latar belakang mat rempit, ia menjurus kepada golongan yang datangnya daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana. Logiknya mereka juga mempunyai tahap pendidikan agak rendah dan ada antaranya tercicir daripada pengajian sekolah.

Hasil kajian mendapati, 97 peratus daripada mereka disifatkan sebagai ‘kepala angin’ atau sanggup melakukan apa saja untuk mencari keseronokan manakala bakinya kira-kira tiga peratus digelar sebagai mat motor iaitu individu yang benar-benar sukakan motosikal.

Kebanyakan mat rempit adalah penganggur yang tidak mempunyai pendapatan tetap, pekerja kilang (bahagian am), mat despatch (penghantar surat), penjual burger jalanan, pembantu bengkel kenderaan dan pelajar (sekolah dan IPT).

Kajian yang dijalankan oleh Prof Madya Dr Rozimi Ismail dari UKM itu dengan kerjasama cawangan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati, 85 peratus daripada mat rempit tidak mempunyai lesen memandu atau tamat tempoh sah. Kebanyakan mat rempit sering menggunakan motosikal milik ibu bapa, abang, kawan, syarikat untuk berlumba.

Lebih menggusarkan ramai antara mat rempit mengaku terbabit dalam penyalahgunaan dadah, dan ini menjadikan golongan ini antara penyumbang besar kepada indeks jenayah negara misalnya pecah rumah, curi motosikal, kumpulan samseng, vandalisme dan seks bebas.

Paling liar dan biadap, kajian itu mendapati antara aktiviti mat rempit adalah melakukan seks di atas motosikal sebagai satu kebanggaan kerana melambangkan kehebatan sesama mereka.

Sungguh menyedihkan, apabila saya mengenang remaja Palestin bertungkus-lumus, berguguran darah tumpah ke bumi berjihad menentang Zionis Israel untuk menegakkan panji-panji Islam, sebaliknya ada remaja kita, ramainya berbangsa Melayu bergelimpangan mati sia-sia dalam keadaan terus-terusan melakukan dosa, merempit.

2 comments:

Roslan Ismail said...

Inilah generasi pewaris kita. Inilah yang bakal mewarisi kepimpinan negara kita. Cikgu-cikgu leh bg sumbangan untuk betulkan benda ni.

Anonymous said...

Lan,
Bukan nak mengelak dari melaksanakan tanggungjawab mendidik tapi tak kan semua cikgu. Banyak kadar kemalangan maut buat m/p Keselamatan Jalanraya. Banyak pengguna kena tipu, buat m/p kepenggunaan. Banyak kes buang bayi buat m/p Pendidikan Seks. Banyak orang hisap dadah buat Pend. Pencegahan Dadah. Dan macam-macam lagi Lan. Jangan pulak nanti banyak kes merempit buat m/p merempit. Cara merempit yang betul !! Selok cikgu !!! Mak ayah budak-budak tu apa cerita ?