Thursday, January 29, 2009

Jom, mandik kitak cikgu !

Pengawal keselamatan sekolah saya sentiasa berubah-ubah. Kecuali si Yahya dengan pasangannya. Yang lain-lain tu sentiasa bertukar-tukar hinggakan sukar saya hendak mengenali mereka.

Satu hari sewaktu saya sampai di sekolah untuk program kuliah maghrib saya, seorang pengawal keselamatan membuka pintu pagar sekolah dan senyum kepada saya sambil mengangkat tangan. Melihat aksinya yang begitu bersopan terhadap saya, saya memberhentikan kereta saya dihadapannya. Saya membuka cermin kereta untuk bertanya khabar.

Belum sempat saya bertanya, pengawal keselamatan itu terlebih dahulu bertanya saya " Cikgu, apa khabar ? Cikgu kenal saya tak ?".

Saya memohon maaf kepadanya kerana saya tak ingat dia kalau benar kami pernah berjumpa. "Di mana kita berjumpa ya ", tanya saya sambil menghulur tangan, bersalam.

"Alah.....cikgu mengajar saya masa darjah tiga dulu. Dulu cikgu ingat tak...cikgu selalu suruh saya pergi mandi tiap-tiap pagi. Ada sembilan orang cikgu suruh mandi, sayalah salah seorangnya".

"Astaghfirullah....saya dah lupa....lama sangat. Saya minta maaflah sebab suruh awak mandi dulu tu. Awak marah ke ?" tanya saya serba salah.

"Tak ada marah-marahnya cikgu, memang itu dah kerja cikgu mendidik dan mengajar kami", mantap hujah dia. Terpegun saya.

Saya bercerita ini tidak langsung bertujuan untuk memalukan bekas pelajar saya yang sembilan orang itu. Tapi oleh kerana salah seorang dari mereka beria-ria mengimbas kembali kisah itu dan menganggap sebagai salah satu proses mendidik, maka saya bersyukur.

Pada waktu itu setiap kali masuk kelas saya sentiasa mencium bau yang tidak menyenangkan. Saya tak tahu apa yang saya hendak laku. Marahkan murid-murid dari kalangan anak-anak orang Asli ini bukan satu cara menyelesaikan masalah pada waktu itu. Akhirnya selepas seminggu lebih mencium bau yang tidak enak itu saya terfikir satu idea. Saya berjumpa dengan guru besar Puan Rabiah Wahab. Saya memohon dengan guru besar agar belikan saya 9 tuala mandi, satu botol besar shampoo, satu botol besar shower cream dan berus gigi secukupnya. Pada mulanya Puan Rabiah agak pelik dengan permintaan saya. Tapi setelah saya terangkan akhirnya dia faham dan rupanya dia sangat-sangat tertarik dan bersetuju.

Setelah dapat keperluan tersebut mulalah saya menjalankan operasi menyuruh mandi budak-budak tersebut. Pada mulanya terpaksa memujuk. Memang sukar untuk dua tiga hari permulaan. Tapi lama kelamaan aktiviti mandi pagi bagi 9 pelajar asli itu menjadi perkara biasa.
Harum semerbak kelas saya. Cukup kondusif untuk prose P & P. Setelah dua minggu saya mula rasa hilang fokus dan renyah dengan rogram tersebut. Pada saya sampailah masanya untuk mereka memahami pendidikan yang diajar itu.

Saya mula kurangkan pemantauan. Satu hari " cikgu, bila lagi kami nak mandi ?', tanya salah serorang dari mereka.

"Kamu mandi sendirilah pulak....tak kan saya nak uruskan selamanya', bentak saya tension! Terkebil-kebil budak-budak itu. Yang geramnya ada juga murid-murid Melayu nak tumpang mandi, " Cikgu, nak mandi jugek!."

"Tak payah... kamu mandi kat rumah...sebook je !!" jerkah saya. Selepas itu saya tak tahu apa yang berlaku dengan program mandi pagi itu kerana saya telah berpindah ke sekolah lain.

Itulah kisahnya, seorang pengawal keselamatan sekolah, bekas pelajar saya mengingatkan kembali kisah saya memandikan 9 orang pelajar-pelajar asli di sekolah itu. Pertemuan itu sebenarnya memberitakan kepada saya rupa-rupanya apa yang dilakukan itu sangat dihargai oleh mereka yang bekenaan.

Antara kisah dulu-dulu. Sesungguhnya kita, cikgu adalah segala-galanya kepada anak-anak didik kita.

9 comments:

Anonymous said...

ada pakar motivasi yg cadangkan suami isteri sesekali mandi bersama.... tapi susah sangatlah saya nak mendapat peluang mengamalkannya, hehehe

mantan said...

Sir,
Membaca cerita sir kali ini mencetuskan dua perkara:

1. Gurulah segala-galanya! :-
Guru seperti sir tetap menjadi ingatan anak-anak murid!. (Dulu,guru pun jadi'anak serigala'.

2. Ingatan masa lalu. Saya pernah tinggal di perkampungan OA ketika menjadi guru sementara di SK Jorak (sekolah OA di Kahang Kluang, di bawah PPD Mersing - tahun 70-an):-

Suatu petang saya bertanya dengan jira OA."Kenapa masak nasik dengan ikan dan sayur dalm satu periuk aja" ketika saya melihat OA itu masukkan ikan di atas nasi dlm periuk dan masukkan pula sayur di atas ikan itu (dlm periuk yang sama).

Dengan segera OA itu menjawab. "Ah, dalam perut campur jugak!".

Suatu petang saya diajak OA (namanya Daud) memancing dari tebing sungai. Ikan baung memang banyak di sungai tu. Sekejap saja OA itu dah dapat seekor ikan baung (saya juga baru dapat seekor), dia mengajak saya balik.

"Cepatnya nak balik" saya bertanya OA itu.

Segera dia menjawab: "Ah, besok mancing lagi!"

Pemikiran yang simple dan logik:
1.- sebiji periuk sudah cukup.
2.- Simpan ikan segar dalam "fridge" seluas sungai!

Naa..a said...

sir,
saya rasakan selama ni kalau jumpa murid yang dulu2nya x berapa pandai dia ingat kite.selalu tegor kita. tapi pernah jumpe murid yg dulu cerdik pandai kini jd pula somebody dia x kenal cikgunya.x tegornya kita..

Anonymous said...

Saya setuju ngan Kak Ros, sebab saya pun pernah mengalaminya. Pelajar yang kurang cerdik dan pernah saya lempang, terserempak di shopping mall, salam dan cium tangan. Yang cerdik dan tak pernah kena jentik,dah jadi somebody tak kenal pun saya. Mungkin tak memberi impak.

Anonymous said...

hehe...
sir nih dah mcm bukak nursery plak..
salute lahh!!

Anonymous said...

Cikgu yusof,
apa pulak susahnya, mandi jelah. Peluang sentiasa ada kalau nak...hah saya cadangkan pagi esok boleh buat sekali !

Cikgu wahab,
A'ah cikgu dulu masuk-masuk je sekolah terus anak serigala. Budak-budak sekarang pengakap !!
Betul cikgu pemikiran mereka simple dan logik mungkin kerana suasana kehidupan mereka begitu. Bagi mereka mereka adalah alam, alam adalah mereka.

Betul tu cikgu rosnah,
Biasanya yang begitulah yang mudah sapa kita. Yang berjaya ni kurang sikit mungkin diaoarang segan kot - atau kita ni cikgu apalah sangat...!

Wah... opah chik ni garang juga ye ! Lempang tu !Mesti ketap-ketap bibir masa bagi pelempang tu tak ?

Anonymous ni, tulis lah nama senang. Bukan orang nampak awak. Gelak-gelak pulak kat orang !

Anonymous said...

saya pernah ngajar sekolah org asli 100% kat SK Runchang Muadzam. masa tu jd gpk Hem. saya juga kurang selesa dgn bau budak2 ni. Baunya lebih bangkit lagi lepas waktu rehat. Apa yg sempat saya buat, saya bekalkan setiap kelas dgn cermin berdiri gantung di dinding letak juga sikat, bedak dan kepit kuku. Rupanya kebersihan diri mereka ni perlu dibimbing juga.

Cikgu Nort said...

saya pernah pergi kursus bersama cikgu sy masa djh 1-6 dulu... cikgu tu siap dgn mata berair bila sy flasback balik yg sy anak muridnya... terharu gak sy time tu... skarang ni,sy sdg amik PJJ OUM... sama intake dgn cikgu sy time sy djh 4 dulu... cuma course je lain2... hehehehhe....

Anonymous said...

Cikgu Yati rupanya pernah mengajar di SK Runcang ya? Banyaklah pengalaman urus pelajar OA. Saya pernah ke SK Runcang tahun 1996 dulu.Saja jalan-jalan ziarah kawan.

Nort, semasa sudah menjadi cikgu, saya pernah bermesyuarat di PPD, duduk sebelah cikgu saya yang mengajar saya sewaktu darjah lima dan enam. Tak sangka kami boleh berkawan pulak.Masa kecik-kecik kita anak murid dia, bila dah besar siap berkawan dengan cikgu kita.