Sunday, July 26, 2009

Kenaikan tambang pengangkutan awam akan membebankan pengguna

Sambil makan di gerai tepi jalanraya tadi saya terlihat sebuah bas ekpress yang agak laju menuju ke destinasinya. Sebaik melihat bas tersebut saya teringat pengalaman menaiki bas ekpress dari Kuantan ke Kuala Perlis beberapa minggu yang lalu. Perkara yang paling saya ingat ialah tambang bas tersebut satu hala RM 60 lebih. Saya tak ingat lebih itu berapa.

Itu antara tambang sebelum 1 Ogos. Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seru Nazri mengumumkan kenaikan tambang teksi, bas sekolah, bas ekpress dan bas henti-henti akan dinaikkan berkuatkuasa 1 Ogos ini.

Saya tidak dapat bayangkan tambang yang semakin mahal ini akan memberi kesan kepada rakyat yang banyak menggunakan pengangkutan awam. Para pelajar sekolah dan para pelajar IPT yang balik kampung menggunakan pengangkutan awam akan merasainya.

Bayangkan peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi dan ditambah dengan keadaan ekonomi global yang belum menampakkan pemulihan, orang awam yang menggunakan pengangkutan awam ini akan mengalami kesan yang tidak sedikit dalam pengurusan perbelanjaan mereka.

Apakah akan berlaku nanti tambang yang telah ditetapkan akan menjadi menjadi lebih mahal kepada penumpang yang tidak tahu harga tambang di sesuatu tempat. Contohnya saya yang menaiki teksi dari jeti Pekan Kuah Langkawi ke Asiania Resort dekat Pantai Cenang diminta membayar RM26 sedangkan tambang hanya RM24. Kesempatan memanipulasi tambang kepada penumpang yang asing di tempat tersebut pasti akan berlaku.

Pendek kata kenaikan tambang pengangkutan awam ini tidak membantu orang-orang awam yang menggunakannya.

2 comments:

Anonymous said...

salam...x tau nk blk ke x cuti sempne pose 16-23 nie coz tmbng bttrwrth ke kuantan agak mhal ar..klu dlu prtikai jgak tmbng rmpn-mdzm,bas mara liner,nikan plak prjlnn y sngt jh...nmpk gya smbt pose ngn kwn2 jela sir ;-( (faiz omar)

Anonymous said...

Faiz,

Tak pe sambut pose dengan kawan-kawn yang penting pose jangan tak pose. Tapi beli tiket awal-awal untuk balik raya kalau tidak kena naik bas tambahan atau tak dapat balik. Huhuhu...

Tu lah U kat MS ada, pegi U kat Penang ! Tambang mahallah...HINI lah !Coobaan !!