Kajian yang dibuat oleh JKJR mendapati 85 peratus daripada 9,586 sekolah kebangsaan dan menengah di seluruh negara sebagai berbahaya kerana terletak di tepi jalan raya utama. Lokasi-lokasi sekolah ini membahayakan lebih lima juta murid dan pelajar. Mereka setiap hari terdedah kepada risiko kemalangan jalan raya.
Itu berbahaya kerana lokasi.
Bagaimana pula bahaya dari segi keadaan fizikal sekolah?
Pernahkah dibuat kajian tahap bahaya dan berisiko sekolah yang belum mencapai usia 10 tahun, yang rosak sana-rosak sini sama ada atap bocor, siling pecah, lantai pecah, longkang pecah, paip najis dan tandas bocor, beam konkrit mengalami resapan air, pendaiwaian elektrik yang bocor dan sering menggelapkan sekolah dan asrama dan macam-macam lagi ?
Saya sendiri bersama rakan-rakan setugas pernah diarah oleh Pengetua memecahkan dan menjatuh rekahan konkrit simen yang retak dilaluan utama para pelajar dan guru-guru!
Pendek kata sekolah-sekolah kini bukan sahaja bahaya kerana lokasi tetapi mungkin juga kualiti buatan fizikal sekolah itu yang membahayakan terutama sekolah-sekolah yang baru dibina.
85 peratus lokasi sekolah berbahaya
SHAH ALAM - Kajian mendapati 85 peratus daripada 9,586 sekolah kebangsaan dan menengah di seluruh negara dikategorikan sebagai berbahaya kerana terletak di tepi jalan raya utama.
Keadaan itu mengakibatkan lebih
Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Sim Say Kiong berkata, hasil kajian sehingga Oktober tahun lalu mendapati kebanyakan jalan raya di kawasan sekolah sibuk dengan pelbagai jenis kenderaan.
Keadaan tersebut, jelasnya, menyebabkan pelajar yang berjalan kaki untuk melintas jalan menuju ke sekolah pada setiap hari persekolahan sentiasa 'bergadai nyawa' semata-mata untuk sampai ke kawasan sekolah.
"Pembangunan pesat dengan pertambahan projek-projek naik taraf bagi sesebuah kawasan khususnya berdekatan sekolah menyebabkan aliran lalu lintas di hadapan sekolah semakin tinggi," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya 'SafetyThon' di Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2 (SKBK2) di Kota Kemuning, Seksyen 31 di sini semalam.
Dapatkan berita selanjutnya dalam akhbar Kosmo!.
7 comments:
85%tu tmasuklah smk S... R.....
heheh
sazili
kau jangan percaya pada berita tu, aku yakin ada udang sebalik batu, lokasi sekolah tepi jalan mempunyai nilai komersial. kalau ada pemimpin melatah, maka masuklah perangkap..keparat kapitalis. kat bandar besar, kalau boleh sekolah ni dia orang nak antar kat lombong, kat celah utan...yang tepi jalan tu bahya, jalan raya...dalam hati bagi ke aku, aku nka buat kedai, hotel dll
sazili,
nanti lama kelamaan semua sekolah akan ditempatkan dalam hutan, lepas tu jadi bandar, bahay lagi...pindah kat lain pulak...sekolah tu dah terpacak lama dah kat situ, ada yang lebih tua dari orang yang bercakap tu..bukan sekolah kena alih, pembangunan perlu sistematik dan ambik kira masalah murid, aku sorry li, tak caya lansung...gimik tu..maaf li, luah perasaan
oh yer li, sorry aku gatal tangan menukar url aku, so alamat blog aku ialah http://kukembaraberkelana.blogspot.com
harap kau dapat datanglah berkunjung dan betulkan link kau nanti...salam
tengok gambar baru sir hamsem giler dgn spek hitam pulak tu.. ttg sek tak selamat ni no komen tp sy teringat 2/3 tahun lepas sibuk pasal kempen sekolah selamat..??
Muzaf,
A'ah...ye lah agaknye !
KK,
Wah dalam lentok-lentok kau duduk atas kerusi tu, ganas juga pendapat kau sop. Tak terfikir pulak aku begitu.
Betul jugak kata kau tu.Agaknya orang kapitalis ni, dia nampak duit je! Tengok sekolah pun teringat nak buat duit!
Insya Alah akan aku betulkan nanti url kau tu.
P'su,
Tolonglah, pasal hansem tu jangan cakap kat orang ok.Kita sama kita tahu dah lah!
Sekarang ni psu sekolah selamat dah kurang selamat."Fly" pun pukul dua pagi !
salam sir...
sonok bce blog sir bnyk information terbaru..
hmm kt poli syida pown ada yg da postve H1N1...
tp wat mse neyh polisas blom ditutp lg...
bnyk pusat pengajian kt sni da di tutp shahputra,kipsas,ikip..
hmm polisas x taw la ble nk di tutp...
risau jgk sbb virus ney cepat tersbarkan...
melalui percakapan shj da boleyh berjangkit...
harap dijauhkan sgle yg buruk ney...
hmm ok la sir syida pown nk smbg wat asment smle...
td pnt wat asgment 2 lawat blog sir hilg kan boring....
wish me luck sir...
assalamualaikum..
Shida,
Tq datang melawat blog sir!.
Betul shida, kat Kuantan dah banyak kolej tutup, juga sekolah. Shida kat poli tu perlu berhati-hati. Kalau demam walaupun ringan-ringan segera berjumpa doktor.
Post a Comment