Thursday, July 30, 2009

Ramainya demaammmm !

Hari ini ramai pelajar mengadu demam. Badan terasa panas, batuk-batuk dan terasa sakit tekak. Memikirkan mereka semua tinggal di asrama dan terlalu ramai demam maka pihak sekolah membuat keputusan menghantar mereka ke Poliklinik Rompin. Dalam suasana cemas pandemik H1N1 maka wujud juga rasa bimbang di pihak pentadbir akan jangkitan virus ini di kalangan para pelajar tersebut.

Kalau tidak silap tadi seramai 36 orang pelajar di hantar ke Poliklinik Rompin. Oleh kerana SMK Seri Rompin yang sepatutnya sudah ada bas sekolah sendiri tapi masih tidak ada bas maka guru-guru diarah silih berganti membawa para pelajar ke klinik.Dua guru balik dua guru pergi.

Alhamdulillah semua pelajar yang dihantar tadi telah diperiksa dan diambil darah dan semuanya dibenarkan pulang. Tiada yang berkaitan H1N1.

Malam tadi pun ada juga yang dihantar warden ke Poliklinik Rompin. Nampaknya setakat hari ini warden-warden (guru-guru) bekerja keras siang malam untuk menjaga anak-anak ibubapa. Memang kerja dan tugas warden agak teruk ditambah dengan kesibukan mengajar diwaktu siang. Tapi nampaknya mereka tetap steady dan bersemangat.

Cumanya dalam kita guru-guru mengambil tindakan pro-aktif menghantar pelajar-pelajar kita tanpa mengira waktu khususnya malam, kita tetap dimarahi dan diumpat oleh seorang dua MA yang memang terkenal tidak popular di kalangan pesakit-pesakit yang hadir ke Poliklinik Rompin.

Beberapa orang pelajar yang telah ke Poliklinik Rompin pada waktu malam yang dihantar oleh warden telah memberitahu saya, MA yang memeriksa mereka semacam marah-marah. Kata mereka MA yang sombong itu marah-marah kerana datang pada waktu malam. Cikgu-cikgu Seri Rompin selalu sangat hantar malam-malam, begitulah marah-marah MA itu kepada pelajar yang sakit dan guru-guru yang menghantar.

Mendengar aduan beberapa orang pelajar itu saya rasa kecewa kerana MA berkenaan sebagai seorang yang terpelajar dan mahir dalam merawat pesakit berfikir kemudian bercakap seperti orang bodoh. Saya hendak tanya MA itu yang bodoh sombong itu, bolehkah kita uruskan sakit itu agar sakit itu datang pada waktu pejabat sahaja ? Malam jangan sakit dulu, serang siang sahaja tertama waktu pejabat.

Ramai pelajar-pelajar saya memberitahu dalam memeriksa pesakit terutama pada waktu malam MA akan memberi ubat mengikut sakit yang disebut oleh pesakit tanpa periksa pun. Duduk.. tanya sakit apa... dah bagi ubat balik ! Kalau macam itu punya cara, saya boleh jadi MA.
Kita tak nak marah tapi kadang terpaksa marah-marah juga kalau selalu sangat begitu !

Di asrama dalam menguruskan beratus-ratus pelajar yang berjauhan dengan ibubapa masing-masing apabila penghuni asrama sakit, tindakan warden-warden pada bila-bila masa, mesti cepat dan betul. Warden-warden dalam mengurus anak-anak orang, kalau bab sakit, tidak boleh mengambil risiko terutama dalam pandemik H1N1 yang melata ini. Tindakan segera dan betul mesti dilakukan. Kalau penghuni asrama sakit pukul 12 malam, pukul 12 malamlah kita hantar! Apa... MA itu suruh warden-warden basuh kepala pelajar-pelajar itu sampai ke pagi ?

Tidak tahukah MA yang sombong itu berapa susah warden-warden yang semuanya hanya mahir mengajar, apabila pelajar-pelajar sakit pada waktu malam terpaksa menguruskan pelajar-pelajar bagai anak-anak sendiri yang demam menggigil, demam hingga kejang, jalu, histeria, muntah-muntah dan sebagainya? Sampai ke klinik pelajar yang sakit itu kena marah dan guru-guru ditegur hantar malam. Kalau macam itu malam tutup terus Poliklinik Rompin tu. Senang MA itu boleh tidur lena kat rumah.

6 comments:

Anonymous said...

Saya ingat dia tersalah bidang dulu...tak tengok spesifikasi kerja perubatan dulu sebelum mintak kerja tu...

Macam tu kena sediakan Panadol sebelum sakit la dulu kot.

Ex Warden

Anonymous said...

nok wat guano bilo pekerjaan x disertai niat ikhlas hanya semata-mata krn Allah,g2lh jadinya....cme kte y teringt,mntk jhlah dri kta dri jdi sprti mrka...ayh sy slalu pesan,bila kta dh ddk sdap,jgn skali kali kta bersikap blagak n angkuh.orng bwh jgn kte abaikn.klu blh,bntu slagi trmmpu...(faiz omar)

Muz said...

assalamualaikum..
konnichiwa..
MA kat poliklinik 2 mmg ade problem sket..bukan kat rompin je,kat poliklinik laen pun kdg2 camtu gak..
nk kate stress keje tu, rasenye xde la sgt kalo nk dbandingkan dgn keje sbg cikgu.
MA cam gitu patutnya kene bg ceramah motivasi ,takpun kalo ttp camgitu, buang keje terus
hehe(just a suggestion)..

kembara kelana said...

li...jom kita sekeh kepala dia li..rumah aku 800meter jer dari poli tu, kau siul jer, aku sampailah

sazili said...

Anonymous 11.28pm,

Saya pun ingat begitulah. Kita nak prescribe ubat tak boleh sebab kita tak ada tauliah dan kemahiran kita. seba itulah kita hantar untuk diperiksa dan diprescribe ubat untuk pesakit tapi kalau dia prescribe ubat gaya kita juga baik tak payah jadi MA. Kalau malas nak layan pesakit berhenti je kerja...jangan jadikan kerja MA memberi sumber rezeki haram pulak kerana pesakit tak redha ! Ha...engkau !

Faiz,

Memang ! Begitulah orang kalau bekerja tidak disertai nita yang ikhlas. Gaji-gaji jugak taoi niat ikhlas itu wajib ada. Kalau tak ada niat ikhlas jadilah MA bodoh sombong dan sering menjadi sasaran sumpah seranah pesakit di rompin.

Muzaf,

Salam. Konnichiwa....haik !

Betul muzaf, saya setuju kalau MA tu dibuang kerja kerana dia pulak yang menyiksa pesakit dengan layanan yang 'kurang ajar' kadang-kadang tu ! Pernah pesakit yang terkena arus eletrik dari mesin basuh dibiarkan hampir 2 jam tanpa sebarang pertolongan cemas. Nasib baik ada pakcik tua yang menunggu cucu membantu...tu lah di klinik rompin tu.!

Sop,

Kalau ikut kan hati malas aku nak sekeh-sekeh...tampau je ! Kau duduk kat aur mana nak dan sampai kalau aku siul pun. Nasib-nasib sebelum kau sampai aku kena belasah dulu !

Hari ini aku lepas geram ! Tak pe usop, dia orang kat poliklinik rompin tu bukan baca blog aku ni...dia orang tak tahupun...huhuhu !!

seri said...

saya bab pekerja sombong terutama di bahagian kaunter depan...hati saya cukup terbakar...saya tegur depan2 tu juga...kalau muka masam mencuka nak layan pelanggan awak tak sesuai.... awak layak duduk di belakang tabir...yang tak berinteraksi dengan orang...tak rugi senyum bermanis muka...tak kena bayar pun malah senyum itu sedekah.
Saya pernah berang juga....