Wednesday, July 15, 2009

Lama tak naik bas ekspress !


Dah lama tidak naik bas ekspress. Selepas tamat belajar di maktab perguruan dulu tidak pernah lagi naik bas ekspress. Sekali dapat peluang naik bas ekspress pada mulanya terasa juga tidak tentu arah, teruja, takut dan cemas.

Semua perasaan berbaur kerana ada rasa tidak yakin kepada pemandu bas. Terfikir bahawa pemandu bas adalah manusia biasa yang terdedah untuk melakukan sebarang kelalaian yang mampu mengakibatkan risiko yang besar. Perasaan ini wujud kerana memikirkan kebanyakan kemalangan yang melibatkan bas ekspress rasanya berpunca dari faktor pemandunya. Ini cukup merisaukan saya. Bayangkan perjalanan dari Kuantan ke Kuala Perlis hampir mencecah 12 jam cukup lama dan jauh. Bertolak pukul 8.45 malam sampai pukul 8 pagi.

Perjalanan malam memang menserabut pemikiran saya yang penakut ini. Tidur memang tidak lena walaupun bas agak selesa. Sepanjang perjalanan dua kali bas terperangkap dalam kesesakan di lebuhraya kerana kemalangan yang berlaku.

Cuma terasa agak sedih ialah apabila pemandu bas itu berhenti untuk solat subuh di Masjid Kg Kerpan Kedah hanya empat orang sahaja turun solat sedangkan ramai penumpang-penumpang bas macam orang Melayu! Apakah ada orang Melayu yang tidak beragama Islam ? Atau masya Allah ramainya orang Melayu tidak solat !!

2 comments:

permatayah said...

salam ayah,
selamat pulang ke rumah esok... sedih tak dapat jumpa ayah kat sini.. ingat nak bawak ayah jalan-jalan kat perlis...tapi kena g PD lah pulak...x de rezeki nak jumpa... x pe lah anyway semoga selamat sampai... luv u soooo much...

ayah said...

Salam nine,

Ayah baru sempat buka blog ayah. Terima kasih. Ayahpun dah selamat sampai rumah setelah penat menaiki bas sepanjang malam. Agaknya begitulah nine selama ini.Tak dapat jumpa dengan nine tak apalah kerana ada aktiviti penting, ayah faham.... and I love u too! Take care !