Kita ? Kita masih bagaikan pungguk merindui bulan ?
Sampai bila agaknya ?
Berita dari Kosmo Online:
Imej berkenaan dirakamkan oleh sebuah kamera yang berada pada kapal pendaratan bulan namun rakaman itu habis dalam tempoh singkat.
Kapal pendaratan bulan itu popular dengan panggilan Eagle. Ia menunjukkan muka Armstrong dengan jelas ketika dia berjalan di atas permukaan bulan.
Gambar itu dikeluarkan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).
Armstrong merupakan manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan namun kebanyakan gambar yang dirakamkan hanya menunjukkan rakannya, Buzz Aldrin.
Sebuah syarikat gambar angkasa bersejarah yang beribu pejabat di Ohio, Spacecraft Films berjaya menukar klip rakaman video berdefinisi tinggi itu menjadi gambar.
Imej-imej tersebut kini diedarkan buat kali pertama dalam bentuk buku berjudul Voices from the Moon yang ditulis oleh Andrew Chaikin.
"Ini adalah kali pertama orang ramai dapat melihatnya," kata Chaikin.
Armstrong dan Aldrin berada dua setengah jam pada 20 Julai 1969 di bulan. - Agensi
5 comments:
tak ada bukti pun ada org sampai ke bulan. gbr tu boleh diambil n direka. teknologi dia org sdh jauh ke depan. skrg pun dah keluar rencana yg menafikan ada manusia sampai ke bulan. dlm Islam pula setahu saya bulan tu berada di langit yg ke 4. setiap langit ada pintu dan dikwl rapi oleh malaikat. mana mungkin org kafir boleh melepasinya. kalau malaikat tertidur sekalipun tak boleh naik. cuma kita boleh nampak bulan kerana binaan langit tu dari unsur yg berbeza bg setiap lapisan. ada byk rahsia yg kita tak ketahui tp hya hambaNya shj diberi ilmu ghaib tersebut. jgn cepta menelan apa yg disaji oleh barat.
xbetul ni..rekaan...banyak proof yg mende ni dreka.
Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus
keluar dari kawasan-kawasan langit
dan bumi (untuk melarikan diri dari
kekuasaan dan balasan Kami), maka
cubalah kamu menembus keluar. Kamu
tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan
(yang mengatasi kekuasaan Kami;
masakan dapat)!
(Surah Ar-Rahman: 33)
Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus
keluar dari kawasan-kawasan langit
dan bumi (untuk melarikan diri dari
kekuasaan dan balasan Kami), maka
cubalah kamu menembus keluar. Kamu
tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan
(yang mengatasi kekuasaan Kami;
masakan dapat)!
(Surah Ar-Rahman: 33)
Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus
keluar dari kawasan-kawasan langit
dan bumi (untuk melarikan diri dari
kekuasaan dan balasan Kami), maka
cubalah kamu menembus keluar. Kamu
tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan
(yang mengatasi kekuasaan Kami;
masakan dapat)!
(Surah Ar-Rahman: 33)
Post a Comment