He..he...tengok dia ni memang menyeronokkan. Tak pandai duduk diam. Bergerak ke sana ke mari dengan begitu cergas. Bila-bila masa pun muka dia selamba sahaja. Dia berjalan pantas dan buat kerja cepat.
Dia ni suka makan. Semua dia nak hendak rasa. Rasa sana sikit, rasa sini sikit. Yang hijau dia makan yang kering perang pun dia makan. Kadang-kadang ranting kering pun dia nak rasa.
Tapi dia sangat romantik dan macam-macam gatal sedikit. Kalau dia hendak 'mengorat' macam-macam dia buat. Terlompat-terlompat galak. Dia buat bunyi yang macam-macam, manja saja bunyinya. Kadang-kadang dia terguling-guling depan makwe dia. Pendek kata memang biang lah dia ni !
Memanglah dia ni antara makhluk Allah yang unik kerana mempunyai hormon yang aktif. Sebab itulah dia bekelakuan biang, ceria dan selamba sepanjang masa. Dan siapa makan dia bermakna 'memakan' hormon yang aktif. Bagus tu !
Katanya daging dia ni mengandungi protein yang baik dan senang hadam. Anggapan yang mengatakan mereka yang mengidap darah tinggi tidak boleh makan dia adalah fakta yang salah. Sebenarnya orang mengidap darah tinggi boleh makan dia. Dan sekarang ini banyak betul produk kesihatan berasaskan dia ni.
Memang kambing ni binatang yang unik. Dia beranak tak banyak, paling banyak dua ekor sahaja. Tapi tak pernah pupus...ada saja. Kalau musim haji banyak mana dia di sembelihkan. Dia tetap ada, di mana-mana. Dan dia tetap ceria di mana-mana.
Siapa yang pelihara dia, mengikut sunnah nabi. Nabi Muhamad gembala kambing, nabi tak gembala lembu! Bertuah kambing dapat sentuhan Nabi S.A.W.
Tapi geram juga kat kambing ni....kalau dia makan pokok -pokok di laman rumah secara kreatif, alamatnya akan mati pokok-pokok itu ! Itulah uniknya kambing. Kambing-kambing !

2 comments:
unik..unik..
Susu dia pula adalah yg paling bagus ( tapi masih tak boleh lawan khasiat susu ibu la hehehe)
baginda Rasul pun suka minum susu dia ni. Err.. Mr. Sazili, kat rompin ada jual susu kambing tak..lama dah cari tak jumpa2 nih..
PakCu....PakCu,
Tak lepas lagi susu ibu. Tapi betul PakCu susu ibu adalah segala-galanya.
Kat rompin ni payah juga lari susu kambing tapi kalau susu tin banyak. Lagi banyak susu getah ! he...he..!
Post a Comment