Saturday, July 04, 2009

Dalam kilauan ini....

Tengahari hari Khamis itu, dari tingkat empat, sambil mengawasi para pelajar menjawab ujian ,saya memandang ke arah parkir kereta. Saya nampak di situ berjujukan kenderaan baru-baru seperti Honda Accord, Honda City, Wish, Proton Perdana, Hyundai Sonata, Pajero, Avanza, Inova, Nissan Latio, Waja, Viva, MyVi, Wira, Persona dan Exora. Semua kenderaan tersebut kepunyaan rakan sejawat.

Begitulah wajah kerjaya keguruan hari ini. Walaupun ramai yang masih baru menjadi guru, sudah mampu memiliki kenderaan hebat, baru dan mahal. Memang berbaloipun. Patutlah begitu ramai anak-anak muda yang memohon menjadi guru setiap tahun. Kerjaya ini semakin menarik minat ramai.

Sambil merenung ke arah bangsal pakir yang nun di bawah, terkenang saya zaman baru menjadi guru, tahun pertama dan kedua menjadi guru, berulang-alik ke sekolah menaiki motorsikal Honda C70 lampu bulat. Dan kawan-kawan guru yang lain ada juga memikili motorsikal Yamaha asap berbunga. Masuk tahun ketiga barulah merasa memandu, itupun Datsun 120y atau orang kampung panggil datsun tonggek dan datsun kotak. Kereta itu kalau sewa beli bayar RM120 sebulan. Yang secondhand lah..


Pada waktu itu kami yang mampu memiliki kereta biasanya beli yang secondhand sahaja. Petang-petang kami berlawan kilatkan Datsun tonggek, Datsun kotak, Toyota ke 30, agak canggih sedikit Toyota LE dan Nissan Sunny 1.3, sambil sakat menyakat sesama sendiri. Itu zaman saya mula menjadi guru.


Kalau zaman saya masih bersekolah dulu, saya ingat lagi ramai guru-guru saya pergi mengajar kayuh basikal tua! Guru Besar saya zaman sekolah rendah dulu, berjalan kaki je ke hulu ke hilir. Biasanya orang-orang kampung yang terjumpa di jalanan akan tumpangkan dia naik motorsikal. Mudah aje nampak hidup dia. Motorsikal popular pada waktu itu ialah Skuter dan ada seorang dua cikgu saya dulu-dulu bermotorsikal Norton yang bunyi meletup-letup. Dan waktu itu kalau ada kereta pula tentulah Peageot 404, Opel Kadet, Volkswegan kura-kura dan Fiat 124. Memang kereta-kereta tersebut menjadi perhatian ramai !

Begitulah kerjaya keguruan, kian berubah. Bergerak laju meninggalkan pengalaman lalu sebagai sejarah untuk dikenang. Dunia semakin maju dan mewah (mengikut nilai manusia) dalam pelbagai bidang tidak terkecuali bidang kerjaya mulia ini.


Namun demikian disebalik pendapatan guru-guru yang semakin besar dan kilauan kereta-kereta baru dan mahal itu, guru-guru setiap masa dan ketika dihadap dan diasak dengan 1001 hal yang perlu diselesaikan....hal-hal kecemerlangan akdemik, dasar-dasar pendidikan yang popular dan tidak popular, moral, ketamadunan bangsa dan kemanusiaan !


Soalnya, dalam kilauan ini, mampukah guru atau guru buntukah atau bagi guru, biasa je !?

5 comments:

P'su said...

saya juga pernah pakai datsun kotak kalau tempat saya orang panggil datsun leper.. kenangan dengan datsun lepar sentiasa dihati walaupun pakai waja sekarang(waja lama je)

sazili said...

P'su,

P'su datsun leper, saya datsun kotak, begitulah kita orang lama. Nak terjah kereta baru terus tak termampu. Betul P'su kereta datsun memang banyak kenangan, antara kenangannya akan saya ceritakan kemudian.

Waja lama tak apa p'su kerana dia waja !

mantan said...

Sir,
Tahun pertama jadi guru, membonceng kawan.

Tahun Ke-2, pakai motorsikal Honda Cub (secondhand).

Tahun ke-3, guna Toyota LE (secondhand)

Tahun ke-5, Proton Saga baru......
Kemudian, Proton Wira.
Pastu Kia Spectra.

Perbelanjaan menggunakan kenderaan (semua kos)selama 35 tahun lebihkurang RM 350,000.

HASHIMME OMAR said...

Kereta pertama motosikal Yamaha
Kereta kedua TOYOTA LE Second hand
Kereta Ketiga Wira Earobeck
Kereta Ke empat balik semula TOYOTA
Semua kenderaan diatas sangat banyak kegunaannya. Jadi gunalah apa yang sekadar termampu jangan ada pula nak belumba dengan kawan-kawan.

sazili said...

Cikgu Wahab,

Tahanlah cikgu wahab toyata le, saya datsun tonggek ! Pandu 100km sejam ketar steering !!!

Mak oi...banyaknya, rm350.000, boleh beli BMW sebiji.

Hashimme,

Waktu tu siapa pakai Toyata LE kira canggih jugak tu.

Dan siapa yang pakai macam toyata keempat kau tu lagilah ....!

Aku pulak kita sekarang ni kereta ke enam!!