Wednesday, July 29, 2009

Bala H1N1 semakin melata ?

Pukul 1.05 pagi tadi, angah di UPSI Tanjung Malim menghantar sms, "Kolej angah dah kena kuarantin. Tak boleh nak keluar. Esok kelas batal."

Pagi tadi sebaik sampai di sekolah saya menelefon angah bertanya khabar anak kedua saya tentang kesihatan dan keadaannya di UPSI. Kata angah, sekarang ramai students yang demam, angah pun demam tapi dah beransur baik. Semalam angah dah main tenis. Tapi hari ini angah dengan ramai kawan-kawan yang lain akan di bawa juga ke klinik untuk pemeriksan.

Hari kelmarin sewaktu makan di luar bersama isteri berjumpa Faizah bekas pelajar yang kini menuntut di MPPM Melaka, yang juga makan dengan keluarganya. Faizah kata maktab dia tutup seminggu. Semua pelajar dibenarkan balik bercuti kerana H1N1.

Sebentar tadi saya membaca berita dalam mStar Online:

Influenza A(H1N1): Mangsa ke-4 meninggal dunia

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PUTRAJAYA: Seorang wanita rakyat Malaysia berumur 20 tahun mati akibat Influenza A (H1N1) pagi semalam, menjadikannya mangsa keempat yang meninggal dunia akibat pandemik itu di Malaysia setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican berkata wanita itu disahkan menghidap Influenza A (H1N1) selepas meninggal dunia pada pukul 9.40 pagi semalam.

"Wanita berkenaan mula demam, sakit tekak dan batuk sejak 16 Julai, bagaimanapun beliau hanya pergi mendapatkan rawatan selepas sakit selama 11 hari di Hospital Melaka pada 26 Julai.

"Pemeriksaan dan ujian awal mendapati beliau mengidap jangkitan kuman dalam darah yang dijangkiti daripada paru-paru, beliau kemudiannya dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) kerana mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan alat pernafasan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Terfikir oleh saya, nampaknya pandemik H1N1 telah menyerang serata ceruk. Semua orang boleh dikatakan terdedah kepada virus ini sekarang. Setelah 4 orang meninggal dunia apakah jumlah kematian kerana pandemik ini tidak akan bertambah ?

Dulu dikatakan negara kita selamat dari H1N1, tapi kini H1N1 mungkin ada di mana-mana di negara kita. Mengapa kita tidak melakukan solat hajat di masjid-masjid dan surau-surau, di institusi-institusi pendidikan, memohon kepada Allah agar kita dilindungi daripada bala H1N1 ini. ?



3 comments:

Norazman Md Noh said...

setuju 100% cadangan adakan solat hajat, kadaan semakin meruncing....kami sekeluarga pun demam teruk ni...bukan bukan H1N1...tapi memang teruk...tak pernah kena cenggini....bala ALLAH dah sampai....

sazili said...

Man,

Semoga bersabar dengan demam yang dihadapi sekeluarga. Walaupun bukan H1N1 ( Na'uzubillah) tapi demam tu perlu segera sembuh. Saya doakan man sekeluarga diizinkan Allah segera sembuh.

Anak saya di UPSI tu terpaksa balik esok kerana UPSI tutup seminggu.

Betul Man, bala Allah tu kerana ada manusia setiap hari buat kemungkaran. Masya Allah !

HASHIMME OMAR said...

ASSALAMUALAIKUM...
H1N1 merupakan satu penyakit bawaan yang heboh serata dunia. Kerana apa ? Negara tercetusnya penyaklit ini ialah AS / Negara Barat. Berapa oarang mati setakat ini ? Berapa banyak kos untuk menanganinya ? Siapa yang untung ? Cubalah kita tinjau di negara Afrika... 4 juta rakyat mati satu tahun kerana MALARIA. Siapa peduli ye ? Kenapa dan mengapa ... Mungkin ini satu cara BARAT cari untung ?