Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Ayah

Selamat Hari Ayah kepada semua ayah ! Semoga kita semua sentiasa ayah yang baik kepada anak-anak kita, sama ada kepada anak kandung mahupun anak murid. Memang berat tanggungjawab seorang ayah dalam membesar dan mendidik anak-anak di zaman yang penuh cabaran dan dugaan ini.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud " Tiap-tiap kamu adalah ketua, dan tiap-tiap kamu akan disoal dengan apa yang kamu jaga", memberi maklum kepada ayah-ayah bahawa ayah-ayah tiada tempat untuk mengelak dari disoal terhadap apa yang berlaku kepada anak-anaknya sewaktu hidup di dunia ini. Sesungguhnya antara tanggungjawab utama seorang ayah ialah 'menjaga' anak-anak !

Bayangkanlah, jika ayah-ayah bersibuk dengan urusan dunia semata-mata, sehingga lupa mengurus keluarga dan anak-anak, akan terbentuklah sebuah Institusi Keluarga yang pincang yang begitu banyak kedapatan hari ini.

Ingatlah firman Alah SWT dalam Surah at-Tahrim:6 yang bermaksud," Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu dan keluarga kamu dari azab api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu...".

Semoga kita semua akan terus menjadi Ayah pemangkin kecemerlangan anak-anak. Selamat Hari Ayah !

No comments: