Friday, June 19, 2009

Kerenah seorang bapa

Memang melayani kerenah segelintir ibubapa dalam urusan disiplin anak-anak mereka di sekolah sangat memeningkan kepala. Tidak mahu langsung hendak mengkaji sedikit tentang anak-anak mereka. Anak saya tidak salah. Apa buktinya ?

"Kerana anak saya bagi tahu saya dia tidak bersalah. Dia tidak buat apa yang dituduh !", dihentaknya meja. Melambung jugaklah satu dua benda atas meja tu.

Anak bagi tahu tidak bersalah!

Dituduh ?

Banyak mana masa kita sebagai pendidik dibazirkan, kerana membuat penyiasatan, mendapatkan bukti, mendapatkan saksi dan mendapatkan pengakuan bagi setiap kesalahan, tiba-tiba kita dituduh menuduh.

"Cikgu, kalau anak saya dihukum, saya anggap pihak sekolah cuba memburukkan rekod baik anak saya, dan saya akan mengadu kepada Yang Berhormat kalau macam ni". Terkebil-kebil anak di sebelah melihat ayahnya yang begitu bersemangat. Mak hanya tersenyum melihat ayah berhujah!

"Saya pun sanggup naik ke atas report kepada Pengarah Pelajaran Pahang." Anak yang dah ponteng sekolah lima hari, dengan rambut ala-ala balung ayam tersengih bangga dengan ayahnya !

Dalam hati saya berkata, ada juga ayah begini. Sambil menarik nafas dan mengangguk-angguk kepala, saya bersuara tenang kepadanya, malas melayan," Saya bersetuju dengan tindakan yang bakal encik lakukan itu. Kami tiada halangan dan tidak berhasrat menghalang hak encik! Encik tunggu sekejap, saya cetak surat hukuman salahlaku anak encik yang telah diputuskan oleh Tuan Pengetua semalam. Selepas saya mendapatkan tandatangan Pengetua, encik boleh bawa surat ini untuk berjumpa dengan YB encik dan Pengarah Pelajaran. Itu tak ada masalah dan tidak menjadi halangan di pihak kami".

Dari keadaan wajah yang cengil tiba-tiba menjadi sengih, "Saya tidaklah bercadang begitu cikgu, sekolah ni bagus cikgu tapi saya selaku penjaga, kalau boleh mohon hukuman diringankan. Tak payahlah masuk rekod peribadi dan hantar kesalahan anak saya ini ke Jabatan Pelajaran".

"Bagi pihak saya, saya minta maaf encik, ini prosedur! Setiap pelajar yang didapati bersalah melanggar disiplin sekolah dan asrama, kita akan hantar laporan (SSDM) ke PPD dan JPN encik. Walau bagaimanapun kalau encik ada apa-apa rayuan boleh berjumpa Pengetua di pejabat. Mungkin Tuan Pengetua boleh pertimbangkan". Termenung dia seketika. Macam berat hati hendak berjumpa Pengetua.

Pada saya ibubapa jangan emosional dahulu. Dengar, dapatkan maklumat, bersoal jawab dan berbincang dengan baik. Itu adalah hak ibubapa apabila dipanggil ke sekolah.

Ibubapa seharusnya berhati-hati kerana perangai anak di rumah di hadapan mata dan di lokaliti penempatan mungkin berbeza dengan perangai anak di asrama dan di sekolah. Di rumah ramaikah ibubapa memantau keadaan anak di luar rumah?

Di sekolah semua guru, warden, penyelia asrama, guru-guru disiplin kerjanya memantau para pelajar siang dan malam. Ramai warden yang sudahlah penat mengajar, periksa latihan pelajar dan melakukan pelbagai kerja perkeranian di siang hari, pada malam hari sampai pukul 2, pukul 3 pagi masih lagi mengawasi dan memantau anak-anak di asrama. Kerap-kali membuat pemeriksaan mengejut, ada buat siang, ada buat malam. Macam-macam terserempak dan macam-macam terjumpa kerenah para pelajar di asrama.

Di rumah ? Di rumah seorang peneroka ?

Begitulah antara kerenah seorang ayah yang begitu ego. Membela anak tanpa usul periksa. Apabila ditunjukkan bukti-bukti sahih dan anaknya sendiri mengaku, terus terkedu.

2 comments:

mantan said...

Sir,
Tindakan yang sir lakukukan ketika berhadapan dengan si bapak itu tepat dan bijaksana.

Si bapak tu nak gertak sir ye!.Dia tak tau sir siapa ye?

Agaknya si bapak tu terasalah amat malunya kena panggil ke sekolah. Selama ni dia berbangga dan anggap anaknya baik je.

Biala dia terasa malau yang amat itu, hilanglah rasionalnya.Tak boleh nak fikir betul dah.

Baru dia tau kena gertak balik dengan sir.

Kalaulah misalnya dia nak gi jumpa pengetua dan misalnya saya lah pengetua tu, memang sekali lagi dia kena.

sazili said...

Terima kasih cikgu.

Semenjak mengajar sekolah ini pertama kali saya berjumpa dengan bapa yang macam tu. Biasanya bapa-bapa lain ok je! Mereka sporting dan amat memahami. Tapi bapa ni lain sedikit.

Ini pengalaman yang baik buat saya. Cikgu pasti dah jenuh dengan kerenah penjaga yang tidak serupa orang ini.

Pada hal cikgu , hari itu saya terlupa yang Pengetua tak ada di sekolah. Pengetua pergi mesyuarat!