Sunday, June 21, 2009

Ayah, asrama tak ada air !

"Ayah asrama tak ada air. Warden bagi balik !".

Memang menyusahkan ! Asrama putera dan asrama puteri tiada air, memang menyusahkan! Kesian penghuni asrama terutama di asrama puteri.

Setiap kali menghadapi kesukaran ini, pihak sekolah pening kepala. Tiada jalan lain hanya mampu benarkan pelajar pulang hujung minggu.

Saya sendiri pelik, bangunan yang baru dihuni 8 tahun, sistem paip rosak sana rosak sini. Bocor sana bocor sini, dalam tanah lah, dalam beamlah, merata-rata. Menyusahkan betul! Elektrik pun begitu juga. Para pelajar asyik duduk dalam gelap saja.

Mohon baiki, kos bukan sikit duit katanya, dan bukan segera macam mee segera. Itupun belum tentu setelah dibaiki tidak akan timbul masalah.

Entahlah zaman kini zaman pelik, barang baru lebih mudah dan cepat jahanam berbanding barang lama ! Macam mana barang lama masih hebat, barang baru cepat kondem?

7 comments:

MUZAF ahmad said...

assalamualaikum..
Harap2 bagunan aspura baru x timbul banyak masalah..

Anonymous said...

Ramai sangat anak.... ayah pening kepala.....!!!!!

Anonymous said...

x mcm ford escot sir kn,brng lme,msti thn kn...........(faiz omar)

sazili said...

Salam muzaf ahmad,

A'ah memang betul bangunan aspura baru x timbul masaah dah waktu ni kerana kerana kontarktor yang buat bangunan tu dah diterminate.Jadi kerja-kerja terhenti so memang tak ada masalah untuk siap menjelang 2011 !

Anonymous June 22,
Syukur dengan kurniaan Allah SWT.

Faiz,
Ford Escort tu memang barang lama- mantap apa!

Anonymous said...

Jangan macam stadium dah la...

Itula namanya projek segera dengan kualiti segera.

Agaknya apa la hukumnya tukang buat tu dari towkeynya sampai kuli bila buat sesuatu cincai saja...

Alfonsor

p/s...takut nak masuk bangunan baru yg siap segera...

Anonymous said...

sekolah buat laporan ke PPD....PPD buat laporan ke JPN.... JPN buat laporan ke KPM..... selagi tak ada yang mati.... laporan hanya tinggal laporannnn!!!!!!

sazili said...

Betol...betol !!