Sehari dua ini terasa cuaca begitu kering dan panas. Berkipas pun terasa angin panas. Hendak buka air-cond siang malam tidak tahan pula membayar bil di hujung bulan nanti. Apa yang mampu hanya bersabar mencari tiupan angin. Kalau kipas pandai letih sudah pasti akan merayu untuk minta ruang berhenti rehat. Itulah cuaca pada ketika ini.
Jabatan Meteorologi telah mengesahkan bahawa Malaysia bakal berdepan dengan fenomena El-Nino, cuaca panas dan kering mulai Ogos ini sehingga sekurang-kurangnya September nanti.
Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Unggah Embas walaupun fenomena El Nino adalah fenomena alam namun kerajaan akan terus melasanakan langkah proaktif bagi mengurangi faktor-faktor yang boleh menjadi petunjuk kepada peningkatan pemanasan cuaca. Katanya kementeriannya telah mengarahkan semua agensi berkaitan supaya bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan fenomena El-Nino.
Patutlah kita mulai terasa cuaca panas kerana kesan daripada pemanasan cuaca itu sudah mula dirasai apabila beberapa kawasan di Semenanjung dilanda jerebu. Dilaporkan kualiti udara di kebanyakan kawasan di seluruh negara pada masa ini merosot dengan Indeks Pencemar Udara (IPU) direkodkan antara 51 hingga 100.
Mengikut Datuk Douglas, laporan jarak penglihatan pada semalam di beberapa kawasan tertentu seperti Seberang Prai, Bayan Lepas, Subang, Petaling Jaya, Melaka dan Kuantan merosot iaitu antara 6 hingga 9 kilometer (km). Manakala laporan satelit yang diperoleh dari Pusat Meteorologi ASEAN (ASMC) sehingga 7 Jun menunjukkan 125 titik panas dikesan di Malaysia selain terdapat peningkatan titik panas di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia.
Oleh yang demikian untuk membantu mengurang kesan El-Nino semua pihak yang terbabit dan yang berkenaan sama ada syarikat mahu pun individu jangan sekali-kali melakukan sebarang pembakaran secara terbuka.
Sebagai umat Islam kepada Allah kita bermohon semoga El-Nino mampu kita hadapi dengan sabar dan menjauhkan kita dari sebarang implikasi berbahaya.
Jabatan Meteorologi telah mengesahkan bahawa Malaysia bakal berdepan dengan fenomena El-Nino, cuaca panas dan kering mulai Ogos ini sehingga sekurang-kurangnya September nanti.
Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Unggah Embas walaupun fenomena El Nino adalah fenomena alam namun kerajaan akan terus melasanakan langkah proaktif bagi mengurangi faktor-faktor yang boleh menjadi petunjuk kepada peningkatan pemanasan cuaca. Katanya kementeriannya
Patutlah kita mulai terasa cuaca panas kerana kesan daripada pemanasan cuaca itu sudah mula dirasai apabila beberapa kawasan di Semenanjung dilanda jerebu.
Mengikut Datuk Douglas, laporan jarak penglihatan pada semalam di beberapa kawasan tertentu seperti Seberang Prai, Bayan Lepas, Subang, Petaling Jaya, Melaka dan Kuantan merosot iaitu antara 6 hingga 9 kilometer (km).
Oleh yang demikian untuk membantu mengurang kesan El-Nino semua pihak yang terbabit dan yang berkenaan sama ada syarikat mahu pun individu jangan sekali-kali melakukan sebarang pembakaran secara terbuka.
Sebagai umat Islam kepada Allah kita bermohon semoga El-Nino mampu kita hadapi dengan sabar dan menjauhkan kita dari sebarang implikasi berbahaya.
No comments:
Post a Comment