Malam tadi selepas kuliah maghrib saya sempat bersembang dengan kawan-kawan. Ada seorang kawan menegur kepada seorang kawan, " Eh banyak kucing putih kat rumah engkau yek!".
"Tak banyak..dua ekor je!" jawab kawan yang ditegur. " Macam mana engkau kat tahu rumah aku ada kucing putih pulak?" tanya nya hairan.
"Aku tahuu...tu banyak bulu kucing atas kepala kau", katanya selamba sambil bangun untuk beredar ke luar surau.
Kawan yang buka kopiah sejak dari tadi tu hanya tersengeh sambil melepaskan kata-katanya, " cheh...binawe kau ni!"
Rambut beruban!
Kenapa beruban ? Ramai yang beruban dan begitu banyak persepsi tentang rambut beruban atau orang yang telah beruban.
Ada yang menganggap beruban sebagai masalah. Ada pula yang menganggap biasa sahaja. Ada yang kata orang beruban ni banyak memikirkan masalah. Ada juga yang mengatakan orang yang beruban maksudnya sedar-sedarlah, awak tu dah tua!
Tapi ada juga yang melihat uban sebagai tanda romantik dan tanda kemachoan orang yang beruban itu. Makin banyak uban makin macho kelihatannya ! Ya ke ?
Namun pakar mengatakan uban muncul kerana berkurangnya proses pigmentasi seiring dengan pertambahan usia. Ia satu proses semula jadi dan tidak ada satu tindakan pun yang dapat menghalang kemunculannya termasuklah mengambil protein, vitamin ataupun mengubah cara hidup.
Menurut kata pakar ada beberapa perkara yang boleh mempercepatkan timbulnya uban seperti merokok, selain faktor genetik atau keturunan. Itulah uban !

4 comments:
Apa rahsia cikgu ! Cikgu tak beruban pun...
Adik mana tahu cikgu tak beruban. Adik mana kenal cikgu, jumpapun tak pernah !
Uban pun ada nilai estetiknya. sy pun berun jg tp tak kesah asalkan sihat.. bersykur sj dgn anugerah Allah.
Betul P'su, beruban tu makna isyarat awal dah sampai....kena berjaga-jagalah tu!
Post a Comment