Monday, February 09, 2009

Hebatnya senyum !

Hari ini saya panggil seorang pelajar datang ke bilik saya. Pelajar ini seminggu tidak datang ke sekolah pada minggu lepas. Saya ingin bertanya apakah masalah dia sehingga jadi begitu.

Sebaik dia masuk ke bilik saya, saya mula menunjukkan muka garang saya. Wajah seperti itu memang lakunan biasa saya apabila berdepan dengan pelajar yang agak tegar sedikit. Dia melangkah masuk dengan senyum innocent. Saya mula bertanya soalan demi soalan. dia terus menjawab dengan tenang. Dia kelihatan macam senyum.

Beberapa soalan peribadi tentang ibu dan bapanya juga saya tanya. Dia terus menjawab dengan senyum dan tenang. Pada satu ketika senyumnya menjadi kendur apabila satu dua soalan sensitif mengenai ibubapanya. Tetapi dia tetap senyum. Pelajar itu sendiri sakit, baru lepas keluar hospital Kuantan kerana masalah tulang hidung bengkok katanya. Hari ini ibunya pula ke hospital Muadzam kerana ibunya juga sakit. Hari Rabu nanti ibunya akan ke HTAA Kuantan pula kerana ada temujanji dengan doktor. Ayahnya di Kuala Lumpur bekerja buruh kasar. Akhirnya saya pening untuk bertanya soalan seterusnya. Namun pelajar itu terus tersenyum tenang.

Rupanya, banyak masalah anak murid aku ini. Tapi aku yang tidak tahu selama ini. Tapi setiap hari saya berjumpa dengan pelajar ini dia sentiasa tersenyum. Wajahnya memang wajah senyum. Memang orang tidak akan sangka yang dia itu ada masalah. Agaknya hendak menangis pun dia akan mulakan dengan senyum.

Begitulah hebatnya senyum. Senyum mampu menjadikan wajah kita tidak kusam dan masam. Teringat saya kepada suatu kisah. Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.

Dengan murung lelaki itu mengadu," Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah kurang saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Tuan Guru menjawab dengan begitu mudah dan sederhana," Perbaiki penampilanmu dan ubahlah air muka atau raut wajahmu. kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebabnya menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka yang masam dan membuat orang curiga kepadanya."

Lelaki itu tertunduk. Dia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Selepas itu wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh.

Alhamdulillah sesudah itu dia tidak pernah datang lagi berkeluh-kesah. Keserasian selalu dijaga. sikapnya ramah, wajahnya sentiasa tersenyum. Air mukanya berseri.

Maka itu tidak hairankah Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan sesuatu pekerjaan adalah raut wajah yang ramah dan penuh dengan senyuman yang berseri. Bahkan Rasulullah menegaskan senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri berwajah tegang atau tension memanjang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah yang cerah, insya Allah, apa jua persoalan nescaya dapat diatasi.

Jadi itu untuk mendapatkan semua itu mulakan dengan sekuntum senyuman ! Sesungguhnya senyuman adalah magnet diri yang paling berkesan. Senyum...senyum !!

4 comments:

mantan said...

Sir,
Senyum itu sedekah walaupun kita sedang brsendirian.

Anonymous said...

Senyum sendiri nanti orang kata tak betul kepala pulak cikgu. Tapi senyum tu kira baguslah.

Anonymous said...

Sir, kalau senyum kambing.... macamana yek?

Anonymous said...

rasanya senyum menyindir atau macam kambing kot !