Monday, February 09, 2009

Beruk...Kera...Kera ....beruk !!!

Kalau saya ke Mersing, saya selalu memberi perhatian kepada Hutan Simpan Rekreasi Gunung Arung. Di kawsan itu begitu banyak spesis kera dan beruk di tepi-tepi jalan. Yang paling suspen dan menarik ialah spesis beruk. Katanya beruk berbeza dengan kera. Kera ekor panjang manakala beruk tak ada ekor atau ekor kontot.

Di kawasan itu sering kali kelihatan beruk bersiar-siar bersendirian. Kalau kera atau monyet beramai-ramai siap menggendung baby kera lagi. Katanya ceritanya, antara beruk dengan kera, orang lebih suka pelihara beruk, sebab beruk rajin sedangkan kera pemalas. Kera asyik mencari kutu sahaja.

Paling berguna beruk ni, ialah untuk buat panjat pokok kelapa dan mudah diajar untuk memetik kelapa muda atau tua mengikut arahan tuan beruk. Zaman sekarang beruk panjat pokok kelapa dibawa naik lori, tetapi jarang-jarang dah berjumpa. Manakala zaman dulu-dulu beruk dibawa naik basikal. 'Tercokoh' beruk atas handle basikal tuannya dan ada juga dibawa dengan motosikal!

Saya tak tahu, tapi kawan saya kata ada sebab beruk yang dibawa dengan basikal, diletak dihadapan tidak di belakang. Apabila pergi mengambil upah memetik buah kelapa, tuan punya kebun kelapa akan tunggu, kadang-kadang tunggu bersama suami atau isteri. Kalau mereka nampak dari jauh pengambil upah yang bernama Pak Mat misalnya, isteri tuan kebun kelapa itu akan memberitahu suaminya, " Ayahnya, beruk Pak Mat dah datang !". Sebab...dia sebut yang di hadapan dulu!

Kalau Pak Mat letak beruknya di belakang tentu isteri tuan kebun kelapa itu berkata," Ayahnya Pak Mat beruk datang !". Hah... itu yang Pak Mat tak nak dengar tu ....!

8 comments:

Anonymous said...

Kalau beruk ada juga sumbangannya.... tapi kalau jadi katak asyik nak melompat je....hampeh...!!!

Roslan Ismail said...

Kalau kita tengok beruk, kita hanya terbayang yang ianya beruk yang biasa saje. Tapi kalau ustaz nasir nampak beruk, dia akan terbayangkan duit. Bagi ustaz nasir, semua benda boleh dibuat duit. Teringat cerita dia ambik beruk kt rompin n jual kat kelantan. Haha..Ligak pale orang tua tu.

Anonymous said...

bleh plak camtu...
lawaklah....
hehehe...
sronok bc blog ayah nie...
klu boring2 tue terubat jgklah rase rindu.....Chaiyokk!!!!

Anonymous said...

Mat Anonymous/ Siti Anonymous,

Dah nak buat macam mana, spesis katak memang suka melompat, dia tak akan berjalan macam kambing punya. Dia tetap nak melompat. Sebab itu kalau tak nak melompat jangan jadi katak. Kalau tak suka main lompat-lompat, jangan berkawan dengan katak.Katak...katak !!

Lan,
Kalau cerita pasal ustaz nasir baru aku perasan, patutlah beruk-beruk kat situ dah tak banyak...!! Begitu ceritanya rupanya.

Permatayah,
Duduk kat sana tu jangan nakal-nakal. Jaga diri....hah bagus, rindu kat ayah dan mak baca blog ni. I love u , take care.

Anonymous said...

haha..gitu lah pulak yek..
mcm2..
em..sir..
ape pndgn sir cara2 nk tangani ke'gelabah'an di dpn public?
that's my truly weaknesssss...

Anonymous said...

kalau on da way nk gi kuantan atau mersing..sakat2 beruk best jugak..
kita hon2 time die makan..
mesti terkejut 'beruk'..hehe

Anonymous said...

rusdi,
Cara untuk tangani kegelabahan dihadapan public ialah jangan gelabah!Kalau tak percaya...cuba !

Mat/Siti Anonymous,
Pandai juga engkau buat beruk terkejut beruk yek ! Tak baik tau...itu namanya menganiayai beruk! Jangan buat lagi!!

Anonymous said...

fuyyoo..
petua sir ni mmg 'best' bangat lahh..
thanx yup sir...............
(hemppppphhhhh!!!)