Thursday, March 17, 2011

Tak usah undang kegagalan...teruskan usaha!

Seorang yang ingin berjaya dengan cemerlang, mesti membentuk suatu peribadi dan watak yang sesuai dengan aspirasi dan alam perjuangannya. Kita mesti mengubah keadaan malah kalau perlu cipta satu keadaan serta menguasai keadaan itu.

Andainya sesuatu perancangan atau usaha kita tidak mendatangkan hasil yang dikehendaki, kita hendaklah memikir dan mengguna perancangan baru. Setidak-tidakya mengenalpasti kelemahan perancangan yang sedia ada dan memperbaikinya, atau perancangan mungkin sudah betul tetapi usaha yang lebih diperlukan.

Rebah dalam perjuangan mencapai impian hidup hanya sementara. Seseorang itu tidak sepatutnya kecewa sehinggalah dia sendiri mengaku bahawa dia sudah menjadi seorang yang kecewa. Dia sudah tidak nampak kesempatan yang dikurniakan Allah SWT. Dia sudah tidak mahu berikhtiar lagi untuk mengubah nasibnya. Maka dia adalah seorang yang kerdil, pengecut dan tidak berjiwa besar....dia sedang mengundang kekalahan!

2 comments:

azian said...

sir..
mcm mane kalau kita dah mula capai kejayaan,tp bila dah dapat capai kejayaan tu,kite semakin leka..
ape nk buat?

sir said...

violet,

orang yang seumpama itu ialah orang yang tidak bersyukur dengan sedikit rezeki kejayaan yang Allah pinjamkan kepadanya.Kejayaan yang lebih cemerlang di dunia ini adalah kejayaan yang mampu memberi 'markah' yang lebih besar dalam perbicaran di padang mahsyar nanti! Oleh itu jangan leka! Wallahuaklam!