Satu hal yang selalu menjadi sikap kita terutama kita yang sudah berumur ialah kita selalu merungut bahawa kita tidak ada masa dan umur kita tidak mengizinkan lagi. Ini jelas satu sikap dan perlakuan yang salah dan merugikan.
Holmes seorang ahli falsafah Greek yang terkenal pernah berkata, " apabila kita mempunyai masa yang sedikit untuk sesuatu maka kita akan memberi perhatian yang lebih dan menggunakan masa dengan ekonomi. " Jadi kita dapat belajar dua kali lebih baik.
Sebenarnya konsep "muda" dan "tua" adalah relatif - ia lebih merupakan satu yang kualitatif daripada kuantitatif. Tidak ada alasan yang dapat diterima untuk berasa lebih berpeluang dengan umur muda dan takut tidak sempat dengan umur tua. Hakikat yang sebenarnya kita mesti cuba mendapatkan sebanyak-banyak kejayaan dalam setiap minit, hari, minggu dan tahun tanpa mempersoalkan umur dan masa yang kita punyai.
3 comments:
seronok baca blog sir..teruskan menulis lg...biar sy blh termotivasi setiap masa..hehe
violet,
terima kasih kerana sudi membaca yang entah apa-apa di sini! Insya Allah selagi diberi sedikit ruang masa dan selagi masih ada tenaga, sir akan terus menulis di sini.
hehe..sy rase bukanlah 'entah ape2' tp byk jugak bg pengajaran,lg2 bg org yg mcm sy ni..hehe..
Post a Comment