Wednesday, March 30, 2011

Kesihatan diri

Dalam mengejar kejayaan dan kebahagiaan, kita tidak harus melupakan diri kita yang boleh diibaratkan sebagai sebuah kawah. Apinya sentiasa bersemarak, tubuh mesti sentiasa bersemarak. Tubuh kita mesti sentiasa sihat, kuat dan bersemangat. Jika api kawah malap, maksudnya jika kesihatan kita kurang mantap, kehidupan kitapun turut malap.

Untuk mencapai kejayaan dan kebahagiaan ini, kita mesti menjaga kesihatan sejak dari kecil hingga ke usia dewasa dan tatkala mencapai usia warga emas.

Sekiranya kita seorang pemburu impian hidup, tubuh badan dan fikiran kita mesti sentiasa segar. Ia terlalu mustahak semasa kita mula membuat keputusan atau sedang berjuang mengejar cita-cita kita.

Kesihatan mental juga perlu dijaga. Mental yang sihat selalu memberi keghairahan untuk berusaha. Sebaliknya mental yang tidak sihat penuh dengan rasa kesal, pesimis, menyerah kalah dan belas diri! Akhirnya kita akan tercampak ke lubuk kecundang!

2 comments:

Mohd Firdaus said...

Betul kata cikgu itu...kebersihan diri perlu diutamakan disamping senaman pun jangan ditinggalkan ok...

cikgu sazili said...

Mohd Firdaus,

Terima kasih di atas komen anda. Ya...senaman untuk kesihatan jangan ditinggalkan apatah lagi solat wajib 5 waktu itu.