Thursday, March 10, 2011

Motivasi paling hebat

Di sebalik diri kita, terdapat memori dan kenangan peribadi yang sebenarnya membentuk diri dan perwatakan kita. Memori dan kenangan itu banyak memerikan bentuk kepada persepsi kita terhadap sesuatu. Lebih daripada itu penderitaan yang menimpa pada diri kita boleh menyebabkan kita menjadi lebih kuat, gagah dan tajam pemikiran.

Sedangkan pada asas logik, kesusahan, kepayahan dan penderitaan adalah penghalang kepada kejayaan kita, tetapi kesemua itu menjadi batu loncatan dan pemetik api yang menyalakan keghairahan hidup yang meluap-luap untuk menjadikan kita orang yang lebih baik.

Manakala kesenangan dan kemewahan hidup sebaliknya mampu menjadi halangan untuk kita menjadi lebih baik, jika kita cuai dan lalai dalam merancang dan mengusahakan impian hidup kita.

6 comments:

it's me said...

بسم الله الر حمن الر حيم Assalamualaikum...
Ayahanda,pd persepsi anakanda...
Kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang....tetapi manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan.Oleh itu kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh.Dalam kepayahan hati berbicara, Diri ini harus tabah dan bersedia, Menghadapi kemungkinan yang tiba, Kunjungnya kadangkala tiada diduga...

Wassalam,
it's me.

sir said...

Waalaikumsalam,

Salah kata-kata ini... "kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang"..salah tu! Hari ini ramai orang yang pernah jatuh malah bukan jatuh sekali, berkali-kali muncul sebagai orang yang dominan dan berjaya dalam hidupnya. Baca dan kaji sejarah mereka yang berjaya!

Kata-kata ini betul..."...kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh"...ini yang betul!

It's me, untuk berjaya kita jangan terlalu emosi dengan kekecewaan tapi rancang dan tulis perancangan mencapai impian yang hendak dicapai 5 tahun akan datang. Tiada istilah terlambat dalam perjuangan mencapai kejayaan.Terlalu ramai yang merancang berjaya setelah melebihi usia 50 tahun.Terlalu ramai juga anak muda yang membuang masa tanpa perancangan untuk mencapai kejayaan yang dimpikan.

Anonymous said...

pembetulan,:
'resepi kejayaan sbnr adlh terletak pd jatuh bngunnya seseorng...'
Syukran Jazillan sir utk 'pembetulan ayat tersbt'.
it's me.

It's me said...

Gagal bukan akhir dari kehidupan: Kita tahu bahkan meyakininya, bahwa kegagalan yang di alami oleh kita hanya proses awal dari sebuah kesuksesan, dan yang terpenting adalah mencuba terlebih dahulu lebih berharga daripada menyerah sebelum mencuba, sehingga aneka ragam kegagalan yang terjadi dapat direnung kan dan di jadikan Iktibar, dan membuka kesedaran bahawa kita hanya makhluk lemah yang sentiasa mengharapkan pertolongan, sakit memang bila sesuatu yang kita dambakan berubah menjadi kegagalan, namun di balik semua itu dapat kita ambil pengalaman yang tentunya tak semua orang mendapat peluang untuk mengalaminya, dan yang terpenting bagi kita adalah untuk selalu mencuba dan terus mencuba, semua itu tak ada ruginya, dan yang seperti kita ketahui bahwa seseorang akan mengalami dua kemungkinan dalam menjalani roda kehidupan: Yaitu kegagalan dan kesuksesan, tugas kita adalah tetap berusaha untuk mencapai target yang kita inginkan dengan sebuah prinsip firman ALLAH:
Sesungguhnya allah tak kan merubah nasib sebuah kaum, kecuali kaum itu sendiri yang merubah nasibnya (QS:Al-A'raf 11)

Jangan ada kata menyerah untuk memperjuangkan kehidupan ini , berjuang , berjuang dan teruskan lah berjuang

it's me.

sir said...

Tapi anakanda, bermadah sahaja tidak mencukupi kerana kita berada di bumi nyata. Cabaran di bumi nyata ini lebih menuntut perancangan yang munasabah dan usaha yang praktikal tanpa membuang masa. Pilih jalan kita, bina perancangan realistik, usaha ubah impian menjadi kenyataan! Ingat anakanda semakin hari tuntutan kehidupan semakin keras dan ganas jika kita lemah dan berputus-asa!

it's me said...

Sangat stuju dengan apa yg ayahanda perkatakan...tapi madah bukan sebarang madah ayahanda...madah yg terhasil dari pengalaman yg telah anakanda kutip dan jadikan iktibar...meskipun tidaklah terlalu banyak , jika nak dibanding dengan mereka yg lebih berpengalaman,tapi cukup untuk diri ini 'celik akal' dalam menilainya...yg pastinya bukan 'madah berhelah'!
Insya-allah perjuangan pasti diteruskan...dan sekali lagi SYUKRAN JAZILLAN utk kata-kata ingtan dari ayahanda.

WASSALAM.