Sunday, May 02, 2010

Rojak...rojak lagi !!

Rojak memang enak dimakan!

Rojak buah, rojak petis, rojak mee, rojak ayam, rojak India, rojak Singapura dan pelbagai lagi bangsa rojak. Cuma yang tiada didengari rojak bernama rojak Malaysia walaupun ada yang bernama rojak India, rojak Singapura !! Memang begitulah kita !

Kalau rojak enak di makan, namun bahasa rojak sangat menyakitkan ! Menjadi isu sudah 52 tahun tapi tetap begitu dan memilu !

Orang Melayu, pemimpin Melayu, Menteri-menteri Melayu kecuali Rais Yatim, Timbalan Menteri Melayu, Pentadbir Melayu, Pegawai melayu, Pengurus Melayu, lagilah CEO Melayu, artis Melayu tak usah cakap...semuanya tidak kisah berbahasa rojak (bahasa Melayu bergaul bahasa Inggeris)!

Sambil berbahasa rojak tidak berhenti-henti bercakap tentang usaha memajukan bangsa Melayu atau konon kehebatan bangsa Melayu! Dalam keadaan mabuk kemodenan, hilang atau pupus jati diri, konon hendak memperkasakan tamadun bangsa Melayu...tahi kucing !

Sedih...bahasa kaum lain terus kukuh menjulang tamadun budaya kaum, bahasa Melayu yang didokong oleh pemimpin yang berjiwa kerdil terus terperuk, terperosok dan terperap di paling bawah pentas dunia !!

Tiada bangsa Melayu yang mempunyai kuasa, memahami bahawa 'Bahasa Jiwa Bangsa' kecuali banyak berlabun, songar dan songel !

Nampaknya kemajuan mengkagumkan bagi pemimpin bangsa Melayu kerana ramai Melayu pandai ber-internet dan ber-FB dan macam-macam di maya. Kalau itu menjadi ukuran, orang asal ulu Amazon pun reti !

Benar...malu kita kepada Lee Lam Thye !!

4 comments:

Aida Ali said...

Salam. Setuju sangat.

cikgu Sazili said...

Terima kasih puan. Saya sudah 25 tahun menjadi guru bahasa Inggeris. Keupayaan saya berbahasa Inggeris tidak pernah melunturkan semangat saya untuk melihat bahasa Melayu dipuncak tamadun dunia seperti dulu. Kecintaan saya kepada bahasa ibunda saya ini, tidak pernah mencacat-cela keupayaan berbahasa Inggeris saya tetapi saya kecewa dengan keadaan kedudukan bahasa Melayu sekarang.Para pemimpin Melayu sedang melonggokkan bahasa Melayu ditempat 'pembuangan sampah' ! Sedih menjadi Melayu kerana Melayu semakin hilang ....

Adibah said...

Oppss!
Ibah pun guna bahasa rojak dalam blog....hehe

sazili said...

Boleh tapi jangan sampai hilang cinta kepada dan lemah BM !