Thursday, May 27, 2010

Semprot sarang tebuan.

Jangan jolok sarang tebuan. Pepatah Melayu berpesan begitu. Larangan dibunyikan kerana kerja menjolok sarang tebuan, memang kerja merbahayakan. Kata orang kampung sebelah, "Eh...padah boleh !!".

Maka takutlah saya untuk berbuat demikian walaupun terasa juga geram hendak menjolok.
Berminggu-minggu kami melihat. Semakin hari semakin membesar ia. Dua tiga ekor sang panglima agaknya, melewar ke sana ke mari.

Bertanya saya akan jiran sebelah, agak-agak berani atau tidak untuk melepaskan geram. Mengeleng-ngeleng kepala botak akan jiran itu. Bertanya saya akan anak bujang nombor dua saya yang sedang bercuti semesternya. Termenung agak lama dan panjang macam memberi jawapan yang jelas bagi yang memahami !

Bercakaplah saya kepada abang ipar sebelah. Meninjau dan menelek-neleklah kami. Terus dia telefon seorang sahabat kami dari Jabatan Bomba dan Penyelamat. Maka datanglah untuk memeriksa dan menilai.

" Besar !!", sepatah kata yang padu dan jelas terbit dari mulut sang bomba.

Malam berikutnya datanglah para pakar dari Jabatan Bomba dan Penyelemat. Dengan menggunakan beberapa kaedah, di semprotnya sarang tebuan. Senyap kelu tak kedengaran. Berguguran ke tanah di ketuk hancur.

Maka tamatlah kisah sarang tebuan di bumbung teratak usang saya. Tidak dijolok dia, cuma hanya disemprot sahaja !

3 comments:

mantan said...
This comment has been removed by the author.
mantan said...

Sir, Salam. Lama tak dengar cerita.

Dulu, depan SMKR, besar jugak sarangnya, di pokok ru. Lima minit saja selesai dibelasah Bomba.

Dulu-dulu, masa budak-budak di kampung. tebuan buat sarang di bumbung rumah. Mana ada bomba masa tu.

Kami budak-budak lastik guna peluru limau nipis atau limau kasturi. Peluru lastik tu terbenam dalam sarang. Dua tiga hari selepas tu, tebuan tu ntah buat sarang di manaa pulak...

sazili said...

Cikgu,

Pandai jugak cikgu melastik sarang tebuan yek? Lepas lastik tu lari tak? Satu idea yang baru saya tau, rupa-rupanya lastik asarang tebuan guna peluru limau nipis dan limau kasturi...kalau saya tahu hari tu mahu mencubanya....nak tengok siapa yang lari..!!