Saturday, May 29, 2010

Moringa Oleifera Lam ...Merunggai .


Dulu tersenggeng. Sekarang sudah berjumbai. Sering lalu lalang di situ, tak kisahpun, jeling pun tidak apatah lagi pandang !

Suatu hari di minggu lepas, saya bukan sahaja terpandang malah terpegang pun sambil bersembah di bawah teduhannya dengan Samad, "Mat, tebang je-lah pokok ini !".

"Eh jangan....Mak Teh tak bagi tebang! Apalah Pok Li ni....nak tebang pulak !!! " sahut Samad terjuih mulut macam terperanjat.

Mak Teh tu arwah ibu saya yang telah meninggal dunia 3 tahun lalu. Entah bila arwah ibu saya memberitahu dia saya tak tahu.

" Mak Teh kata, pokok ini bagus boleh buat ubat dan buat sayur pun boleh ", jelas Samad lagi.

Saya tak tahu tentang hal itu maka saya bertanya Samad, apa nama pokok ini ? Kacang kelur kata Samad pantas.

Maka balik ke rumah, saya pun buka internet dan taip 'kacang kelur', keluarlah antara namanya merunggai, ramunggai, moringa oleifera lam dan ada beberapa lagi.

Banyak jugak khasiatnya...antaranya, buah yang muda boleh dibuat sayur, dimasak kari, digoreng, masak sup dan sebagainya. Bijinya digoreng untuk dimakan sebagai kacang. Dan minyak masak juga boleh diperolehi dari kacang kelur ini.

Pokok kacang kelur ini juga rupanya banyak khasiat ubatannya. Pokok seluruh bahagian terutamanya daun boleh digunakan sebagai herba untuk melawas pembuangan air kecil, membantu penghadaman, penawar keracunan darah dan ubat salap. Biji boleh dibuat ubat sapu pada bahagian sakit akibat gout atau reumatisme.

Manakala daun jika ditumbuk lumat boleh ditampal di perut untuk mengeluarkan cacing. Cecair daun disapu pada kaki dan tangan yang sakit. Akar boleh direbus dan diminum sebagai tonik, merangsang haid, penawar racun, penawar penyakit kulit dan macam-macam lagi.

Saya tidak pernah makan dan rasa apa-apa bahagian yang dimasak dari pokok kacang kelur ini. Maka saya tuliskan di sini bukan cadang untuk dicuba tapi hanya untuk pengetahuan...

Memang semua maklum bahawa setiap cintaan Allah ada kegunaan dan faedahnya. Rupa-rupanya pokok ini banyak kegunaannya !!

Maka tidak tebanglah saya...kot-kot ada hamba Allah yang mencari dan memerlukannya ! Mana tahu ...!

5 comments:

It's me said...

بسم الله الر حمن الر حيم
Assalamualaikum sebagai pembuka bicara, sebelum meneruskan bicara izinkan kami memanggilmu dengan panggilan ‘ayahanda’.
Ayahanda, dirimu menjadi kebanggaan kami disini
Hari-hari yang berlalu tak betah rasanya tanpamu di sisi, hilanglah serinya….
“Masihkah kau ingat kita berlari-lari…”itulahlah salah satu lagu kegemaranmu…
Aduhai ayahanda…tanpamu siapalah kami disini.
Dunia kami pastikan kelam andai kau tiada disisi…segala nasihat dan pesananmu kami jadikan ia sebagai panduan dalam hidup kami…terlalu ia bermakna & berharga buat diri kami.
Siang malam dirimu bermandi keringat…keringat seorang pendidik…pendidik yang penuh dengan harapan untuk melihat anak-anak didiknya berjaya di suatu hari nanti, mulianya tugas seorang pendidik, tidak pernah mengenal erti penat lelah mahupun jemu dalam erti kata mendidik.
Ayahanda…betapa kami kagumi dirimu…maaf
Zahir & batin seandainya kehadiran coretan ini mengganggu rutin harianmu,sebelum mengundur diri
Ingin kami menyatakan kepadamu…bahawa kami begitu menghormati & menyanjungi dirimu ianya…
Lahir dari hati yang tulus &
Ikhlas seperti dirimu…ikhlas dalam perjuangan…perjuangan seorang pendidik…sesungguhnya ayahanda ketahuilah bahawa dirimu menjadi contoh kepada kami semua di sini…akhir kata sambutlah salam hormat khas buatmu ayahanda dan “AYAHANDA YOU ARE THE
GREATEST SIR & FATHER FOR US”.

Tarian Pena: It’s me your Fan’s
Created on : 24 Mei 2005
p/s:5 thn berlalu, & kini baru berkesmpatan utk diberikan kpd Ayahanda. Ketika masih dibangku sek.lagi nukilan ini tlh siap dicipta.Namun masa membataskan utk nukilan ini dihulurkan...

Anonymous said...

Salam Pak Su,memang sedap rasa daun kacang ni.Kalau nak cuba,ambil 2 biji telur ayam + hirisan bawang besar + lada mesen+ garam + pucuk merunggai.goreng mcm kita goreng telur hancur2.Makan dengan nasi panas.X payah lauk lain.Gerenti berpeluh Pak Su makan.Kome suka ngat lauk ni.Tu la lauk sgra kome.selamat mencuba.

sazili said...

Oo...gitu ! Tak pula sedapnya tu. Insya Allah akan dicuba nanti ! Mesti banyak pokok kacang kelur kat rumah tu ?

Unknown said...

saya mencari benih pokok ini. maklumat lanjut ke email saya: shayam624@yahoo.com...

ezlinda hisam said...

assalamualaikum.. saya mencari pokok ni.. boleh email kat saya maklumat kat mana pokok ni. untuk dibuat kajian.. email saya di ellyezlinda@gmail.com