Friday, May 07, 2010

Stress !!!


Wow...wow....AKU STRESS.....AKU STRESSSS.....STRESSSS!!

Mungkin itulah antara luahan akibat dari stress. Rasanya hari ini ramai manusia stress. Stress kerana pelbagai faktor.

Apakah stress ? Dalam bidang fizik membawa maksud regangan terhadap sesuatu sistem. Dalam konteks sel tubuh, stess merujuk kepada tindakbalas kimia akibat daripada proses perubahan stress dari luar. Jadi stress merujuk kepada manifestasi sistem minda tubuh yang boleh diramalkan akibat daripada stess dalaman dan laran yang sekiranya berlebihan boleh memudaratkan diri atau membawa penyakit.

Jenis stress : Stress jangka pendek (satu reaksi serta merta terhadap halangan) dan Stress jangka panjang (situasi yang berterusan).

Punca stress jangka pendek ialah kena marah, kemalangan, bising, kesesakan, kehilangan (cari kunci kereta tak jumpa atau terlupa cermin mata letak kat mana, rupanya tengah pakai-amboi stressnyaa!!), terasing, kelaparan, dicerca, ancaman bahaya dan jangkitan.

Punca Stress jangka panjang ialah kerja banyak bertimbun ada dateline pula tu, masalah interpersonal dan intrapersonal, terasing atau kesunyian, kewangan, silang budaya, perceraian dan seumpamanya.

Simptom stress. Pertama, kebimbangan luar biasa yang mana diri sentiasa dihantui perasaan tidak menentu, takut dan panik. Sering sakit kepala, sakit perut dan dada. Kedua, kemurungan yang mana berlaku gangguan selera makan, tidur dan konsentrasi. Ketiga, 'Post Traumatic' (PTSD) iaitu disebabkan deraan di luar norma manusia dan boleh menyebabkan bunuh diri.

Akhir sekali kesan stress boleh jadi terbentuk personaliti pemarah, kurang jaringan sosial, sakit jantung, angin ahmar, mudah dijangkiti (kurang sel darah putih), gastrointestial, diabetes, berat badan (naik atau turun), kesakitan (otot, sendi, belakang, migrane), gangguan tidur, kurang daya seks, kurang penumpuan dan daya ingatan, alahan (lelah,resdung dan sakit kepala).

No comments: