Monday, May 31, 2010

Buat It's me, terima kasih...terima kasih !!


Saya mungkin kenal dia kerana dia mungkin pelajar saya tetapi saya tidak tahu yang mana satu dia. Dia sering menghantar kad-kad ucapan terutama pada hari guru. Kad-kad yang dihantar cantik dan sangat menarik kata-katanya, sehingga ke hari ini masih tertampal di softboard bilik saya. Namun sehingga hari ini saya tidak tahu siapa itu it's me walaupun saya rindu mahu mengenali ! Segalanya tetap menjadi hak it's me untuk saya tidak mengenali yang mana satu dia !

Kali ini dalam tulisan saya di bawah, dia yang telah lama menghilangkan diri, telah menulis di ruang komen. Tulisannya sungguh memeranjatkan saya. Saya kaget dan serta merta terasa sayu dan malu sendiri.

Kepada it's me yang memanggil saya Ayahanda ingin saya memberitahunya bahawa saya sangat tersentuh hati membaca tulisannya untuk saya. Terasa diri ini terlalu kerdil dalam kerjaya keguruan ini.

Saya hanya seorang guru biasa, yang hanya melakukan tugas keguruan secara biasa mengikut rutin biasa. Sebenarnya tak banyak yang mampu saya lakukan kerana saya bukan seorang pendidik yang sehebat itu. Tiada apa yang hendak dikagumi dengan kerja-kerja biasa yang saya lakukan dalam dunia pendidikan ini. Jika saya seorang yang hebat yang wajar dikagumi, tempat saya bukan di sini.

Namun demikian segala isi tulisan anakanda it's me ini amat ayahanda hargai. Semoga Allah menjauhkan diri ayahanda dari segala sifat riak dan takbur. Berperanan sebagai khalifah Allah tiada lain yang mampu ayahanda lakukan melainkan untuk melihat semua pelajar ayahanda cemerlang dunia dan akhirat.

Walaupun ayahanda tidak tahu yang mana satu it's me, ayahanda tetap mendoakan kejayaan dan kecemerlangan anakanda dan semua bekas pelajar ayahanda. Ayahanda tersangat yakin bahawa anakanda it's me kini adalah seorang yang berjaya dan cemerlang. Tahniah !!

Tulisan it's me:

It's me said...

بسم الله الر حمن الر حيم
Assalamualaikum sebagai pembuka bicara, sebelum meneruskan bicara izinkan kami memanggilmu dengan panggilan ‘ayahanda’.


Ayahanda, dirimu menjadi kebanggaan kami disini.
Hari-hari yang berlalu tak betah rasanya tanpamu di sisi, hilanglah serinya….
“Masihkah kau ingat kita berlari-lari…”itulahlah salah satu lagu kegemaranmu…

Aduhai ayahanda…tanpamu siapalah kami disini.
Dunia kami pastikan kelam andai kau tiada disisi…segala nasihat dan pesananmu kami jadikan ia sebagai panduan dalam hidup kami…terlalu ia bermakna & berharga buat diri kami.


Siang malam dirimu bermandi keringat…keringat seorang pendidik…pendidik yang penuh dengan harapan untuk melihat anak-anak didiknya berjaya di suatu hari nanti, mulianya tugas seorang pendidik, tidak pernah mengenal erti penat lelah mahupun jemu dalam erti kata mendidik.


Ayahanda…betapa kami kagumi dirimu…maaf Zahir & batin seandainya kehadiran coretan ini mengganggu rutin harianmu,sebelum mengundur diri
Ingin kami menyatakan kepadamu…bahawa kami begitu menghormati & menyanjungi dirimu ianya…Lahir dari hati yang tulus & Ikhlas seperti dirimu…ikhlas dalam perjuangan…perjuangan seorang pendidik…sesungguhnya ayahanda ketahuilah bahawa dirimu menjadi contoh kepada kami semua di sini…akhir kata sambutlah salam hormat khas buatmu ayahanda dan “AYAHANDA YOU ARE THE GREATEST SIR & FATHER FOR US”.

Tarian Pena: It’s me your Fan’s
Created on : 24 Mei 2005
p/s:5 thn berlalu, & kini baru berkesmpatan utk diberikan kpd Ayahanda. Ketika masih dibangku sek.lagi nukilan ini tlh siap dicipta.Namun masa membataskan utk nukilan ini dihulurkan...

May 30, 2010 10:46 PM

Terima kasih buat it's me di atas segala ingatan terhadap ayahanda. Ayahanda sangat menghargainya.

5 comments:

Anne Janna said...

sye sokong sgt pe yg it's me kate....u r idola sir dlm bidg kguruan ni....jasa n bkti sir xkn saye lupe....rndu mse zmn sek2 dulu..bergelak ketawa mmg jd pneman sir..thanx a lot sir....

sazili said...

Salam janna,

Idola tu terlalu tinggi sangat janna, sedangkan sir ni pendek je. Anyway tq janna!

Kalau janna kata sir idola dalam bidang ini, sir jugak mahu melihat janna nanti menjadi guru idola kepada para pelajar janna yang akan ramai nanti. Always be the best teacher ok !

Aida Ali said...

Tahniah kerana telah melaksanakan amanah ini dengan cemerlang. Saya tumpang bangga

sazili said...

Terima kasih Puan Aida,

Sebenarnya tak ada apa-apa sangat yang cemerlang telah dilakukan, cumanya kalau guru-guru muda bertanya saya kenapa saya kelihatan gembira dengan tugas-tugas yang saya lakukan, saya hanya menjawab; saya hanya membuat kerja seikhlasnya mengikut kemampuan saya, tanpa merungut tentang pelbagai kerenah. Dan lagi saya mahu guru-guru anak-anak saya membuat yang terbaik untuk anak-anak saya, jadi saya perlu membuat yang terbaik untuk anak-anak orang. Anak-anak orang lain saya urus dan ajar bagaikan anak-anak saya sendiri.

It's Me said...

Assalamualaikum,
Terlbh dahulu biarlah anakanda ucapan'sama2 ayahanda'.Ayahanda, sesungguhnya kata-kata nasihat malah segala teguran yg ayahanda berikan kpd kami semasa dibangku sek. byk membri motivsi kpd diri anakanda.cerita-cerita ttg jatuh bangun ayahanda..., anakanda jdkan ia sbg satu inspirasi.Byk pengajaran yg anakanda dpt mlalui crita-crita ayahanda. hingga kini andai berpeluang, ingin shj anakanda mendgrnya lagi dan lagi...Biarlah rakan2 yg lain berkata..'Sir suka berceramah...' tp tdk pd pandangan anakanda.
Ayahanda terima kasih utk sgalanya.
Note: biarlah ayahanda kenali anakanda dgn 'Its Me'shj buat ketika ini.mungkin 1 hari nti ayahanda akn tahu siapa It's Me...hakikatnya ayahanda knal akan siapa It's Me.
Wassalam.