"Sir, macam mana nak jadi kaya ?".
Terkebil-kebil mata saya melihat budak itu. Apakah yang berligar dalam benak fikirannya sehingga terpancut soalan itu dari mulutnya. Saya mencari jawapan sambil merenung wajah yang sedang melihat saya itu. Budak ni seriuskah atau main-main?
"Kalau kamu nak kaya, kamu mesti menjadi berwang," jawab saya selamba.
"Beruang ?".
"Berwang!', jawab saya sambil jari telunjuk tangan kanan saya menggesek-gesek ibu jari.
"Oh...tapi macam mana mahu menjadi berwang ?," tanyanya sambil terkekeh-kekeh.
"Bekerja untuk mendapatkan wang, kumpul, jimat, simpan dan kerja dan simpan dan kerja dan simpan, pasti akhirnya kamu akan menjadi berwang !".
"Fuuh....!" sambil mengeluh dia bangkit dari kerusi nya dan berkata, " payah ye sir nak menjadi berwang zaman sekarang !". Dia bangun terus minta izin untuk ke kelasnya.
Saya terus melihat budak itu keluar hingga ke pintu. Bermain difikiran saya persoalan apakah yang membuatkan budak itu mahu menjadi kaya ? Apakah yang sedang dihadapinya. Apakah kaya mampu menjadi penyelesai masalah kepada kehidupannya ? Atau apa dan mengapa budak itu ?.

2 comments:
Kaya tak semestinya bahagia. Miskin tak bermakna derita.
Betul...saya setuju puan ! Hari ini ramai yang meletak status kaya dan miskin atas nilai wang semata-mata...
Post a Comment