Sunday, May 09, 2010

Nak adik....nak adik....nak adik....nak adik ...nak adik...

Maka saya melihat seorang kanak-kanak perempuan berlari-lari menuju ke arah ibunya dan kanak-kanak itu ada berkata' " Ma, saya nak adik nak ajak main."

"Pergilah main dengan kawan-kawan tu," nasihat si ibu.

"Tak nak, dia orang selalu buli saya," bangkang si anak.

Sambil membelek-belek kain dekat dengan ibunya si anak berkata lagi, "Maa....ma kata kalau orang lelaki dengan orang perempuan tidur bersama boleh dapat adik tapi ma dengan ayah dah lama tidur sama.... tak ada adik pun ?".

"Ma dah tua......!!!," jawab siibu acuh tak acuh sambil menjahit.

"Tapi antie sebelah tu pun tua juga, ada pun adik kecik!", jawab budak itu mengharap.

"Ma banyak kerja ni," jawab ibu seperti serabut dengan soal-jawab anaknya.

"Tak kira, nak adik.... nak adik.... nak adik....nak adik...nak adik...nak adik.... !!!," bentak si anak bertalu-talu ke arah ibunya.

Tom ! Bunyi sesuatu dihempas. Ibu tercegat berdiri merenung ke arah si anak. Si anak terkelu dan cemas seketika.

Tiba-tiba siibu memeluk anaknya, " jom main dengan mak je !"

"Ok!!', ceria muka si anak kerana seorang ibu.

Tersenyum saya melihat iklan itu. Indahnya jiwa seorang ibu ! Kepada semua para ibu terutama ibu kepada anak-anak saya, " SELAMAT HARI IBU !"

4 comments:

Anonymous said...

Saya ingat Pak Su yang nak adik,X sesuai dah kalau nak anak kecil tapi kalau nak timang cucu tu sesuai sangat dah.Bila gamoknya kompang nak berbunyi kat rumah Pak Su ye!

Anonymous said...

Siapa kata tak boleh... Ada cara tu.... Nak tuntut ilmu tu senang je!

Anonymous said...

Bukan tak boleh,tak sesuai la.Ucu ani tu sesuai timang cucu je,bukan anak lagi.Bagi la can kat dia rehat sikit.kalau ilmu tu tak payah dituntut buat kaum wanita rasa kecik hati je tapi kalau dah jodoh nak buat macam mane ye.terima saje la labu....

Cikgu sazili said...

Puan Aida,

Terima kasih. Buat puan Selamat Hari Guru jugak !

Anony 10.38,

Ya ke tak sesuai. Soal nak bercucu nantilah dulu, tak kan lari gunung di kejar, hilang kabus nampaklah ia !

Anony 10.23 dan 4.26,

Jangan gaduh-gaduh !! Semua tu mudah dan masih boleh di uruskan.