Friday, May 14, 2010

Pemeriksa 'MUET Speaking' di Uniten Kampus Muadzam Shah


Sekali lagi saya terkekang untuk masuk ke sini. Bertugas sebagai MUET Speaking Examiner (Q) di Uniten Kampus Muadzam Shah selama 6 hari, mengakibat masa saya menjadi terlalu padat dan batang tubuh ini sendiri menjadi letih apabila pulang ke rumah.

Setiap hari selama 6 hari saya bersama pembantu saya (R) Puan Selvamani terpaksa menilai 36 orang calon. Suasana ini menjadikan mental dan fizikal begitu penat ditambah dengan kerja-kerja perkeranian yang perlu dilakukan selepas itu.

Pelbagai aksi calon yang mampu saya lihat sepanjang menilai mereka. Ada yang tenang dengan bahasa Inggeris yang cukup menawan. Ada yang penuh dengan lagak dan gaya menawan walaupun bahasa yang agak haru. Ada yang tergagap-gagap sehingga mengganggu keseriusan dan ada yang kelu tak terkata walaupun diransang.

Persoalan yang bermain-main difikiran saya kenapa susah sangat anak-anak Melayu hendak berbahasa Inggeris berbanding dengan kaum-kaum lain ? 6 tahun di sekolah rendah, 5 tahun di sekolah menengah, di sekolah ada lagi apa yang dipanggil PPSMI dan dua tahun belajar MUET, masih pucat muka dan menggigil apabila berbahasa Inggeris.

Termenung saya sambil berkata sendirian - betapa gagalnya sistem persekolahan kita sebenarnya untuk melahirkan para pelajar yang mampu berbahasa Inggeris !

2 comments:

Aida Ali said...

MUET : peperiksaan yang memenatkan juga kepada calon

Sazili said...

Hahaha...ya ke puan ? Tak tahu pulak..tapi memang nampak jugak stressnya para calon tu !