Monday, May 24, 2010

Jemputan kahwin dah mula tiba !


Cuti sekolah bakal menjelang. Sudah banyak kad jemput sampai ke rumah. Satu hari sampai 5 jemputan. Mana satu hendak pergi mula menjadi perkiraan dan pertimbangan. Ada juga kad jemput yang tidak berwaktu. Entah tuan jemput lupa atau mungkin sengaja... kot trend baru!!

Bertanya saya kepada abang ipar pukul berapa nak pergi yang tidak ada waktu ni ? Dari selepas subuh hingga ke isyak, jawab abang ipar saya spontan...entah ya entah tidak !

Pada 5 Jun, saya pula telah menerima amanah untuk menjadi juru cakap satu majlis pertunangan anak sepupu selepas solat zohor dan selepas solat asar saya perlu pula membawa rombongan peminangan untuk anak sendiri. Nasib baik antara dua majlis itu berdekatan. Malamnya pula terpaksa ke rumah sepupu untuk menjadi saksi majlis pernikahan anaknya.

Itu belum lagi menghadiri jemputan para sahabat dan jiran tetangga. Tengah berkira-kira dan berbincang dengan isteri, rumah-rumah yang perlu dihadiri atau bagaimana hendak menghadiri semuanya !

5 comments:

tinisuria said...

eh....sir dh nak dapat menantu ke???orang mana???tahniah....

Anonymous said...

Tahniah la Pak Su,Jangan lupa kat kome dah le......

Sazili said...

Insya Allah Tini. Tak berapa lama lagi. Masih orang planet bumi. Terima kasih.

Anony 8.10,

Kome tak lupe deme, Insya Allah !

Anne Janna said...

congratulation sir...dh nk dpt mnantu....

sir sazili said...

Terima kasih janna. Nak tunggu janna nak buat menantu, janna masih belajar, lambat lagi.Waktu tu dah habis anak lelaki dahh !!!