Saturday, May 30, 2009

Masalah 3G

Masalah 3G. Apa masalah 3G tu ?

Kajian Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan yang dibuat pada tahun 2007 mendapati hampir 20 peratus penduduk dewasa dan 21 peratus kanak-kanak di negara ini mengalami Masalah 3G. Dari kajian tersebut membuktikan bahawa masalah 3G sudah menjadi masalah kesihatan yang semakin serius, justeru langkah-langkah pencegahan perlu dilaksanakan oleh semua pihak.

Kajian itu juga menunjukkan satu juta atau 18.8 peratus wanita berusia 25 hingga 64 tahun adalah gemuk, manakala bagi lelaki, sebanyak 13.9 peratus atau 850,000 orang. Ini bermakna bagi setiap 100 orang di kalangan mereka yang berumur 25 hingga 64 tahun, terdapat 14 orang lelaki yang gemuk sementara bagi wanita pula seramai 19 orang.


Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke atas 12,000 murid sekolah di Semenanjung Malaysia menunjukkan 10.5 peratus daripada mereka berlebihan berat badan dan enam peratus dikategorikan sebagai gemuk.


Kalau dulu mungkin orang yang mengalami masalah 3G ia itu gebu, gempal serta gemuk dikatakan sihat dan sejahtera tetapi kini tidak lagi kerana ia menjurus kepada bahaya dan bencana.


Malaysia merupakan negara rantau Asia Tenggara yang mempunyai masalah kegemukan kedua tertinggi. Pendidikan kesihatan yang betul amat penting kerana kegemukan adalah permulaan untuk mendapat penyakit kronik seperti sakit jantung koronari, diabetes dan strok.


Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kegemukan turut meningkatkan risiko mendapat kanser payu dara, kanser kolon, prostat, uterus, buah pinggang dan penyakit pundi hempedu menerusi perubahan hormon akibat kegemukan.


Bagi membendung masalah 3G, dua amalan asas perlu dipatuhi oleh semua terutama kanak-kanak iaitu mengambil makanan berkhasiat mengikut keperluan tubuh dan melakukan aktiviti fizikal mencukupi. Kegemukan tidak berlaku dalam sekelip mata. Penurunan berat badan juga tidak boleh dilakukan dalam tempoh singkat kerana mereka yang mengalami masalah 3G perlu menurunkan berat badan secara sistematik iaitu antara 0.5 hingga satu kilogram seminggu.


Manakala penurunan berat badan yang drastik melalui pengambilan ubat-ubatan tidak diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan kerana akan hanya mendatangkan kemudaratan dan seterusnya kematian.


4 comments:

armouris said...

info tentang kanser payudara kat sini - Pengesanan Awal Kanser Payudara

PakCu said...

patut le berat saya naik akhir2 nih hehehe. Belasah 3G broadband. Dah streamyx takde..itu je yg ada.
wwww.mypakcu.blogspot.com

sudi2 kan mampir ye pak :)

sazilimohdnor@blogspot.com said...

Terima kasih armouris.

PakCu,

Macam kenalje ! Bukankah kita pernah berjumpa kat Paris dulu ? Tapi macam mana pulak boleh bergambar dengan Faisal Tehrani tu ? Insya allah akan selalu mampir malah akan dilinkkan nanti. Tengah busy ni!

PakCu said...

haha, biasa r..amacam kete antik sehat lagi ke ? Nak bergambar dgn Faisal kena la beli buku dia hahah, gambar setahu lalu di Pesta Buku antarabangsa KL (PWTC )

bizi ke ? Pencen la..baru tak bizi hahaha