Monday, May 04, 2009

Di mana silapnya atau...... !


Di sebuah hentian tepi jalan saya singgah membeli sedikit jajan untuk bekal memandu bagi mengelak mengantuk. Saya bertembung dengan sekumpulan remaja bermotor kapcai semuanya. Saya senyum ke arah mereka. Dan mereka membalas senyuman saya.

"Assalamualaikum, apa khabar semua ?" tanya saya.

"Waalaikumussalam, sihat pakcik", jawab mereka.

"Nak ke mana ni ramai-ramai," tanya saya.

"Ronda-ronda pakcik, bagi heat sikit !", jawan salah seorang dari mereka. Saya tak tahu yang dimaksudkan tu heat atau hit.

"Enjoy juga meronda ya ?", tanya saya.

"Seronok pakcik, dapat merempit ni rasa macam merdeka, rasa dunia ni macam kita yang punya, itu yang syok itu pak cik", jawab salah seorang dari mereka kepada saya.

"Okaylah pakcik minta diri dulu, hati-hati di jalan raya dan jaga diri baik-baik," nasihat saya kepada mereka.

Terfikir kepada saya, itu rupanya erti kemerdekaan kepada mereka. Rugi sungguh kerajaan Malaysia!

Di manakah silapnya anak-anak remaja tadi ?
Atau silap siapa ?
Atau sebenarnya tiada silap apa-apapun?
Biarkan mereka begitu...............?

7 comments:

dzulhakim baharom said...

assalamualaikum

saya suka baca penulisan cikgu
=)


-teman sekuliah abdul hadi

mantan said...

Sir Sazili.Salam,

Kalau nak disebut silapnya,banyak.

Tetapi yang paling silapnya, remaja itu sendiri.

Kita juga pernah melalui alam remaja. Tapi cara berfikir kita lain. Bukan nak kata kita ni pandai berfikir sangat. Kita juga menghadapi masalah kremajaan ketika itu.

Kita banyak belajar tentang kehidupan. Kita banyak berfikir dan belajar sendiri (bukan menafikan peranan ibu-bapa dan guru mendidik).

Tapi sekarang ini terdapat remaja yang "kurang ajar". Mereka tak mengajar diri sendiri.

Anak yatim piatu yang takadaibu bapa tu pun pandai belajar mwndidik diri sendiri.

Remaja kurang ajar ini,perlukan perhatian!.

Anonymous said...

sir,bg sya slapnya adlh dri ibu bpa sndri.anak2 lau dh dbri ddkn y sckpnya dri kck pasti apbla bsar kelak x mnjdi mslh ttpi mmpu mnjdi insan y kamil.so,parents y x ada ksdran thdap anak2nya adalh sngt mrugikn..nbi pn dh ajar tntng umur y sesuai u mmbntk anak2.ppth plak kte mlntr buluh brlh dri rbngnya......takbirrrrr (faiz omar)

P'su said...

Merdeka bagi mereka adalah dapat melakukan apa saje yg mereka suka sepuas puasnya...silap siapa.? kalau ikut silap diri sendiri.. kenapa silap diri mereka sendiri?
..ulasan seterusnya di blog

Faris said...

Salam Li,
Aku tak nak komen yang heavy, just nak kenangkan semasa sama2 mengajar di Leban Chondong dulu yang melayani gelagat murid2 asli yang hampir separuh bilangannya di sekolah. Teringat erti merdeka kepada mereka bila datang awal ke sekolah, meeka merdeka tangkap biawak pasir... bawa masuk dlm kelas, letak dlm beg dan seterusnya bawa balik untuk dimakan. Maksudnya erti merdeka bagi setiap insan adalah mengikut tafsiran mereka yang berpandukan akal dan fikiran yang diberi berlandaskan asuhan dan didikan yang diperoleh dari alam (ibu, bapa, guru dan komuniti). Terus berkarya Li...

omaQ said...

salamz ziarah :)

sazili said...

dzul,

Terima kasih kerana suka membaca penulisan cikgu. Oo...teman sekelas abdul hadi!? Semoga anad berdua dan rakan-rakan sekelas yang lain akan menjadi pendidikan yang dedikasi nanti. Insya Allah.

Mantan,

Marah benar nampaknya. Walau macam manapun saya setuju dengan setiap patah yang dihamburkan itu. Memang begitulah mereka itu. Bayangkanlah dalam berita tadi road block polis dilanggarnya. Memang kurang ajar !

Faiz,
Kalau dah tahu memang puncanya kesilapan ibubapa, esok faiz jadi bapa kenalah jadi bapa mithali macam ustaz umar !

Psu,
Oh ada ulasan ya Psu...di blog Psu ya ? Nanti saya buka dan baca !

Fariz,
Walaupun aku mengajar dekat dengan sekolah yang pernah kita mengajar bersama dulu tapi aku benar-benar dah lupa kisah biawak pasir tu. Engko mengingatkan aku tentang peristiwa itu. A'ah lah Faris yang menakjubkan aku, sambil-sambil tunggu bas nak balik tu, mereka sempat memburu biawak pasir ...cekap pulak tu !! Pernah sekali aku suruh mereka tu demonstrate, tak dan dua minit dicekiknya leher biawak pasir itu...Betullah katakau ....itulah kemerdekaan mereka !