Monday, May 18, 2009

Guru Pembina Negara Bangsa...Guru Pembina Negara Bangsa


Mulai malam 16 Mei berjujukan sms mengucapkan Selamat Hari Guru masuk ke kotak mesej henfon saya. 67 mesej ucapan hari guru saya terima dari para pelajar yang sedang belajar, bekas pelajar, para ibubapa dan rakanrakan sejawat guru sendiri.

Berbagai kata-kata bermadah yang terakam. Semuanya menyanjung dan mengucapkan terima kasih cikgu. Ada yang sempat saya balas ada yang tidak mampu untuk saya membalasnya kembali. Terima kasih semua yang mengirim dan mengingati.

Begitu ramai yang menghantar sms menjadikan saya mudah mengingati tema tahun ini; Guru Pembina Negara Bangsa.

Setiap hari saya berulang pergi balik ke sekolah sejauh 30 km satu hala. Sepanjang perjalanan saya menemui pelbagai senario yang telah terbina selama ini sama ada kita sedar atau pura-pura tidak sedar. Paling ketara mat-mat motor. Waktu petang mat-mat motor yang masih bersekolah ini tidak kenal siapa, merempit dan mewilly begitu pakar sekali. Bahaya kemalangan bukan perkiraan pemikiran mereka.

Mat-mat rokok tak usah kira, dengan baju sekolah serebehnya, seluar cawat singkatnya, merokok tanpa masalah. Masih bersekolah Tingkatan dua, tiga, empat dan lima, bibir hitam dan gigi berkarat kerana rokok. Ini semua imej biasa sekarang !

Mat-mat dadah memang sudah bersepah !

Manakala mat-mat biang dan minah-minah galak sering juga terserempak kelihatan melakukan adegan terkinja-kinja di pondok-pondok menunggu bas di tepi jalan. Minah galak pegang tangan mat biang, mat biang pegang tangan gebu minat galak....masya Allah....ah adegan ini biasa ape !? Bertempuk bertampar sambil berjalan...ah itu lagi biaseee. Tak ada apa-apa !

Memang biasa, tapi mata dan hati yang melihat pedih dan sakiiit !

Semua mamat-mamat dan minah-minah tersebut membuatkan saya termenung memikirkan tema hari guru tahun ini; Guru Pembina Negara Bangsa.

Guru Pembina Negara Bangsa ? Guru Pembina Negara Bangsa ?

Beratnya....anak-anak bangsaku sedang menderita ! Negara bangsa yang macam manakah yang akan lahir nanti ?

Guru Pembina Negara Bangsa.

6 comments:

Norazman Md Noh said...

Dalam setandan pisang, kekadang ada juga yang tak elok...yang elok tu banyak...yang sikit tu boleh amek buat lepat..sedaaap...nanti mereka sedar sendiri tu tuan...

mantan said...

Sir,
30 tahun lebih jadi guru, jika saya andaikan ada 20% daripada beribu-ribu murid saya jadi "hantu", saya tak ajar pun mereka tu jadi "hantu". Tapi apakan daya mereka sendiri pilih nak jadi "hantu".

sazili said...

Norazman,
Betul juga. Namun diharapkan yang setandan tidak dipunahkan oleh yang tak elok.

Mantan,
Masalahnya 'hantu-hantu' itu akan melahirkan anak-anak 'hantu' juga nanti !

Anonymous said...

Sir,
happy teachers'day!
thank you for your advices about MUET and please forgive about my faults before this.

Choi.

sir sazili said...

Choi,

Welcome to my blog.

Thank you very much.Its okay choi, that was my responsibility.I hope you have done your best during your MUET exam that day.

Muz said...

anak hantu tu pulak akn melahirkan cucu2 hantu seterusnya cicit2 hantu yg melahirkan generasi'hantu'...
fikir-fikirkan,,,