Kesukaran melayari internet di kawasan ini ditambah dengan kesibukan bekerja ke sana ke mari menjadikan blog ini sekali lagi bagaikan terbiar tanpa penulisan-penulisan untuk mengesahkan pengalaman yang pelbagai. Tidak lagi menulis dan mengesahkan pengalaman dan rencah kehidupan bukanlah niat dan tujuan.
Kembali kepada isu pendidikan.
Penstrukturan Tingkatan 6 diharap akan menjadikan Tingkatan 6 bukan lagi laluan transit atau institusi menunggu peluang lain, kepada para pelajar. Diharap ianya akan memberi persaingan yang menarik kepada program matrikulasi dan pra universiti di institusi-institusi pendidikan yang lain.
Nampaknya kami selaku tenaga pengajar Tingkatan 6 akan semakin banyak tugas yang perlu dilakukan sama ada dari segi perancangan pentadbiran, kemahiran keilmuan dan pengajaran. Sistem semester, modul-modul pengajaran, sistem penilaian, pembinaan sahsiah dan aktiviti kokurikulum akan menjadi rencah utama dalam pengurusan Tingkatan 6 yang baru.
Pada waktu ini Tingkatan 6 terutama aliran sains bukan lagi destinasi menarik para pelajar. Hingga ada di antara Kelas Tingkatan 6 yang terpaksa ditutup kerana kesemua pelajar memilih institusi yang lebih menarik dan meyakinkan bagi mencatur masa depan mereka.
Semoga penstrukturan semula Tingkatan 6 ini akan memberi cahaya yang lebih gemilang dan meyakinkan kepada para pelajar yang bakal menduduki Tingkatan 6 nanti. Kelihatan dari perancangan yang sedang bergerak ini, ianya sangat meyakinkan.

4 comments:
Salam Li,
Kalau diikutkan semua guru tingkatan 6 akan menjawat gred DG44. Dah dapat ke belum? Kalau dah dapat tu, tahniahlah.
sir,
Struktur baru mesti melibatkan "SEMUA", bukan "tingkatan"nya sahaja.
sir,nie bkn gmbr bdk2 f6 aliran sastera 2007?tringat kt kwn2 smua..
Salam Faris,
Mengenai jawatan gred DG44 itu tidak semua lagi tetapi beransur-ansur dipenuhi seperti yang dirancang.Aku dah memperolehinya bermula Januari 2008 yang lalu. Alhamdulillah dan terima kasih faris.
Mantan,
Tinkatan 6 telah diwujudkan untuk menjadi sebagai sebuah organisasi tersendiri tetapi masih di bawah Pengetua sekolah.
Nampaknya dalam penstrukturan baru ini semua berubah menjadi sistem semester dan sistem penilaian dan STPM itu sendiri mungkin agaknya akan berubah juga.Apa-apapun kita akan lihat nanti pada kemasukan 2010 nanti.
Anonymous 5:25PM,
A'ah betullah tu. Yang depan sekali tu YOB, 'pak we' linda tu!!!
Yang belakang sekali tu Faiz. Semua tengah sakit kepala menyediakan 'points' untuk 'speaking'.
Post a Comment