Tuesday, March 03, 2009

Perkampungan Penulis Muda Sekolah-sekolah Menengah Pahang 2009


Hari ini saya telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perkampungan Penulis Muda Sekolah-sekolah menengah Negari Pahang tahun 2009. Perkampungan tersebut yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Pahang akan berlangsung selama empat hari iaitu dari 10 hingga 13 Mac 2009 di Kem Bestari Pendidikan Rompin di Kampung Kuala Pontian.

Objektif perkampungan penulis muda tersebut adalah:

i. Mencungkil bakat penulis-penulis muda dalam bidang penulisan kreatif dalam genre cerpen
dan puisi.

ii. Meningkatkan kecintaan terhadap kesusasteraan dan budaya Melayu.

iii. Melahirkan penulis muda yang kreatif dan kritis.

iv. Memberi pendedahan kepada golongan muda tentang aspek-aspek penulisan.

v. Memperkukuhkan jati diri golongan penulis muda.

Dijangka 66 orang pelajar Tingkatan 4 dan 5 yang terdiri dari pelajar lelaki dan perempuan dari semua daerah akan menjadi peserta pekampungan. Antara pengisian program yang dijangka diadakan ialah Bicara Tokoh, Bicara Cerpen, Bicara Puisi, Bersama Deklamator Jemputan, Sesi Bedah Karya, Latihan Dalam Kumpulan serta aktiviti riadhah dan pengisian kerohanian.

Tema perkampungan kali ini ialah Kalam muda.

Diharap Perkampungan penulis muda ini dapat dilangsungkan dengan jayanya bagi mencapai objektif yang telah ditentukan.

5 comments:

mantan said...

Sir,
Program yang bagus ni.

Harap-harap jangan sampai lebih bicara daripada berkarya.

P'su said...

medan untuk bakat2 muda menimba pengalaman.... tahun lepas sy bawa budak melukis kat sana..

Anonymous said...

Cikgu Wahab,
Saya pun harap begitu. Bimbang adalah pihak yang syok sendiri dalam mengendalikan program.

P'su,
Memang saya ingat tu poksu. rasanya Shah yang pergi berama P'su.

HASHIMME OMAR said...

Cakap pasal bicara cerpen ke, bicara novel saya sebenarnya berminat nak tahu bagaimana aktviti ini dilaksanakan kerana saya rasa cara begini juga dapat memupuk minat pelajar terhadap membaca. Membaca menjana minda....

Anonymous said...

Hashimme,
Kalau berminat datang je kalau ada masa lapang. Tak ada masalah punya.